Harian Metro

FAM saran FMLLP rombak peraturan

-

Petaling Jaya: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) disaran supaya merombak peraturan liga domestik dengan mewajibkan setiap pasukan menyenarai­kan seorang pemain berusia 21 tahun ke bawah dalam kesebelasa­n utama masing-masing.

Ahli Jawatankua­sa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed berkata, kaedah itu pernah dilaksanak­an pada musim 2007 yang menyaksika­n ramai tonggak muda berjaya diketengah­kan seperti Ahmad Fakri Saarani,

Fitri Shazwan dan Khyril Muhymeen Zambri.

“Antara kepincanga­n skuad Harimau Malaya ketika ini adalah kerana ketiadaan penyerang tempatan

(gambar)

yang jarang beraksi dalam skuad utama di kelab dan pasukan liga kita.

“Sebenarnya FAM pernah buat dulu mewajibkan dua pemain bawah 21 tahun beraksi dalam liga, cuma saya tak tahu sebab apa ia gagal diteruskan sedangkan banyak perkara positif berlaku selepas itu.

“Malah, kebanjiran serta kebergantu­ngan kepada khidmat penyerang import dalam Liga Super dan Perdana ketika ini menyaksika­n kita ketandusan pemain di posisi serangan dalam pasukan negara dan sukar menjaringk­an gol dalam perlawanan antarabang­sa.

“Berapa kerat saja penyerang tempatan yang diberi peluang bermain dalam kesebelasa­n utama kedua-dua liga itu. Jadi mungkin kita akan bawa balik dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan untuk kita usulkan kepada FMLLP bagi mengkaji semula kaedah itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawa­nan separuh akhir saingan Piala Emas Raja-Raja 2017 di Wisma FAM, semalam.

Firdaus yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan FAM menegaskan, sudah tiba masanya khidmat pemain yang berusia 35 tahun ke atas tidak lagi dibenarkan beraksi di saingan Liga FAM musim depan.

Ujarnya, tindakan itu bagi menjamin ‘kesegaran’ daya saingan divisyen tiga itu dengan membuka pintu seluas-luasnya buat pemain daripada Piala Presiden dan Belia menyertai pertanding­an ketiga tertinggi dalam sistem bola sepak negara itu.

“Liga FAM perlu disasarkan untuk mencungkil pemain baru dan muda jadi inilah slot yang wajar disediakan untuk pemain yang lebih muda.

“Saya dapati kebanyakan pemain yang berusia 35 tahun ke atas hati mereka sudah tidak sangat mahu bermain bola sepak. Mereka sebaliknya hanya mahu dapat gaji dan sukar menyumbang kepada daya saing atau kejayaan pasukan.

“Jadi bagi Liga FAM akan datang, cukup-cukuplah kita saksikan pemain yang pada saya ibarat sudah tua ini,” katanya yang turut mengharapk­an suntikan dana lebih besar sama ada daripada FAM mahupun sektor swasta bagi menjenamak­an semula pertanding­an Piala Emas Raja-Raja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia