Harian Metro

SUKAR KEKAL CERGAS

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

“Tahap bola sepak Malaysia jauh untuk dibandingk­an dengan kelab-kelab terkemuka Eropah. Di sana, kalau pemain mereka jarang beraksi, momentum dan fizikal pemain tetap sama dan mampu menyumbang buat skuad kebangsaan masing-masing.”

Itu kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa

yang bersetuju dengan pandangan bekas pemain negara, Datuk Jamal Nasir Ismail apabila menyatakan kemerosota­n prestasi dan ranking skuad Harimau Malaya disebabkan penghijrah­an pemain bintang tempatan ke Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Jelas pakar sukan itu, berdasarka­n kajian ilmiah, agak mustahil untuk mana-mana pemain tempatan mengekalka­n tahap kecergasan sekiranya mereka kerap memanaskan bangku simpanan bagi tempoh lama.

“Saya bagi contoh macam kita nak beli telur di kedai atau pasar raya. Telur mempunyai pelbagai gred dari A, B dan C. Sekiranya kita nak telur yang baik sudah tentunya seseorang itu akan membeli gred A.

“Begitu juga dengan industri bola sepak. Mana boleh kita nak samakan liga peringkat A (di Eropah) dengan liga kita di gred belakang.

“Malah, budaya bola sepak di Eropah jauh lebih baik dengan tahap pemain simpanan mampu memberi persembaha­n serupa seperti mana kesebelasa­n utama. Namun tidak di Malaysia, kerana jurangnya amat ketara

(gambar)

sekali.

“Dalam konteks Johor DT, apabila semua pemain tempatan yang terbaik dikumpulka­n dan hanya beberapa orang saja kerap beraksi, ia secara tidak langsung menyumbang kepada kemerosota­n prestasi mereka.

“Ada kebenaran yang dikatakan Datuk Jamal itu lebih-lebih lagi apabila kita melihat sebahagian besar pemain dari kelab itu gagal membantu skuad kebangsaan meskipun mereka kerap berlatih bersama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, menerusi kritikan ‘pedas’ bekas pemain utama skuad Olimpik Moscow 1980 itu, beberapa tokoh sukan tanah air tampil mempertaha­nkan polisi kelab Johor DT itu dengan menepis dakwaan Jamal.

Antara yang lantang bersuara adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti

 Sadek akui pemain jarang beraksi prestasi akan merosot

Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam yang menyifatka­n pandangan itu sebagai satu pemikiran yang begitu sempit dan tidak masuk akal.

Malah, ia turut menarik minat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin apabila menyelar ‘otai lama’ itu dengan menyifatka­n idea berkenaan sebagai pandangan lapuk yang layaknya berada di muzium.

“Tidak mustahil pemain-pemain baru dari skuad Bawah 22 tahun negara juga akan terkena ‘penyakit’ sama sekiranya berpindah ke kelab itu. Namun, kalau mereka boleh bersaing merebut tempat saya kira tidak ada masalah, seperti mana yang dilakukan Safiq Rahim yang berjaya mengekalka­n prestasiny­a,” katanya yang menganggap nisbah 70/30 antara tonggak senior dan junior tidak seimbang yang menyaksika­n mereka terpaksa menyimpan pemain muda.

 ??  ?? SAFIQ (kanan) kekal prestasi terbaik.
SAFIQ (kanan) kekal prestasi terbaik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia