Harian Metro

Augusto sedia gempur kubu Kedah

-

Alor Setar: Penyerang FELDA United, Thiago Augusto

sedia untuk menggempur habis-habisan kubu Kedah, malam ini.

Pemain import Brazil berusia 27 tahun itu percaya jaringan awal mampu merentap semangat pasukan tuan rumah yang hanya perlu mengekalka­n kedudukan agregat 1-1 hasil perlawanan pertama untuk layak ke final.

“Kami sudah membuat persiapan rapi bagi bertemu Kedah. Kami akan bermain seperti biasa, seperti perlawanan pertama, kami tahu ia perlawanan sukar tapi saya percaya kami ada peluang kerana kami ada kualiti,” katanya kepada Arena Metro.

Stadium Darul Aman bukan asing buat Augusto yang beraksi dengan Helang Merah musim lalu termasuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia menerusi sumbangan lima gol.

Bersama FELDA tahun ini, Augusto sudah menghasilk­an empat gol dalam kempen Piala Malaysia. Bagaimanap­un pergerakan­nya dirantai pada pertemuan pertama dengan Kedah di Jengka.

Tapi dia berjaya menemui sasaran ketika FELDA menewaskan Kedah 3-1 bulan lalu dalam saingan Liga Super.

“Perlawanan ini

(gambar)

berbeza dengan perlawanan liga, tekanan dan semangat berbeza tapi kami ada peluang dan kami akan berjuang habis-habisan.

“Saya berterima kasih kepada Kedah kerana bagi saya peluang tahun lalu, sekarang saya bersama FELDA dan sudah pasti saya mahu bawa pasukan ini ke final,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia