Harian Metro

PELUANG TERBAIK

- Mohamad Zulfaizan Mansor dan Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

 Safiq gesa rakan sepasukan pastikan perlawanan separuh akhir kedua milik mereka

Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safiq Rahim menuntut rakan sepasukan untuk memastikan aksi 90 minit separuh akhir kedua berdepan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini, menjadi milik mereka.

Safiq yang menjadi antara nadi utama skuad Harimau Selatan sejak 2013 menyifatka­n ini adalah peluang terbaik untuk pasukannya mara ke final selepas 2014.

Namun, perancang tengah itu tetap enggan terlalu selesa kerana sedar Perak pasti bermati-matian untuk mengatasi kelebihan satu gol tempat lawan yang dimiliki Johor DT.

“Syukur kerana kami berjaya mendapat bekalan gol tempat lawan pada aksi pertama dan ia pasti satu kelebihan bagi kami. Namun kami perlu mengelak daripada terlalu selesa.

“Kami masih mempunyai 90 minit lagi baki perlawanan di Larkin dan sudah pasti kami mahukan keputusan positif sekali gus mara ke final.

“Kami sebagai pemain perlu sentiasa bersedia dan saya percaya jurulatih sudah mempunyai strategi terbaik untuk berdepan Perak,” katanya.

Berdasarka­n kelebihan gol tempat lawan yang dimiliki ketika ini, Johor DT hanya perlu memastikan gawang mereka tidak dibolosi The Bos Gaurus untuk melayakkan diri ke final.

Selepas gagal merangkul Piala Malaysia 2014 apabila tewas 3-5 kepada Pahang menerusi penentuan penalti, musim ini adalah peluang terbaik Johor DT untuk menebus kekecewaan itu sekali gus melengkapk­an jumlah trofi saingan bola sepak tempatan yang pernah dimenangi. Malaysia ketika ini.

Berdasarka­n rekod, Perak sudah tujuh kali muncul juara Piala Malaysia dan kali terakhir mereka merangkul piala berprestij itu ialah 17 tahun lalu selepas menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan.

 ??  ?? SAFIQ tekad kecewakan Perak.
SAFIQ tekad kecewakan Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia