Harian Metro

‘Ramai salah anggap’

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Nama Ruhainies tidak pernah sunyi dikaitkan dengan gosip dan kontrovers­i sejak berkecimpu­ng dalam arena seni dua tahun lalu.

Namun, pelakon jelita berusia 25 tahun ini tidak cepat melatah apabila terpalit kisah kurang enak sebaliknya menganggap ia sebagai asam garam anak seni.

“Pada awal pembabitan saya akui tertekan apabila nama terpalit kontrovers­i.

“Selepas dikaitkan kontrovers­i sekali lagi, saya hanya menganggap ia ujian.

“Saya juga tidak baca komen negatif di laman sosial dan lebih suka melihat segalanya dari sudut positif. Saya perlu kuat untuk terus bertahan dalam bidang ini,” katanya.

Mengulas dakwaan suka mempermain­kan perasaan lelaki, Ruhainies yang pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Azrel Ismail menafikan perkara itu.

“Saya bukan ‘playgirl’. Memang sejak di bangku sekolah saya selesa berkawan dengan lelaki berbanding perempuan.

“Saya susah percayakan orang dan berdasarka­n pengalaman, kawan lelaki boleh simpan rahsia berbanding perempuan.

“Banyak perkara yang dikongsi dalam persahabat­an itu dan kalau saya susah dia akan bantu dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Ruhainies ditemui pada sidang media Kuala Lumpur Wedding Festival (KLWF) yang berlangsun­g di sebuah hotel di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Bagaimanap­un, Ruhainies yang kini dikaitkan dengan pelakon baru Asyraf Aley mengakui dia terpaksa berdepan gosip apabila berkawan rapat dengan lelaki termasuk rakan artis.

“Jika rapat dengan seseorang, ramai salah anggap dan fikir kami bercinta.

“Apabila kita sudah tetapkan dalam fikiran dia kawan baik macam mana nak jadi teman istimewa pula?

“Saya juga tidak halang jika kawan lelaki yang rapat dengan saya ingin berkawan dengan wanita lain,” katanya.

Adik kepada pelakon Risteena Munim ini turut mengakui tidak rapat dengan manamana pelakon wanita.

“Kalau rapat pun cuma dengan kakak saya, Ristineena,” katanya.

KAHWIN SEBELUM

USIA 30 TAHUN

Beralih sisi peribadi, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Hello Mr Perfect ini menyasarka­n menamatkan zaman bujang sebelum berusia 30 tahun.

“Saya masih ada masa beberapa tahun lagi untuk kumpul duit sebelum berumah tangga.

“Memang saya ada berkawan, tetapi belum jumpa yang istimewa.

“Kalau boleh saya ingin melihat kakak berkahwin dulu,” katanya.

Mengenai perkembang­an karier seni pula, Ruhainies kini terbabit dengan drama Ombak Cinta.

“Selain terbabit dengan penggambar­an video muzik, saya juga akan menjayakan drama untuk slot Lestary TV3 tidak lama lagi.

“Manakala projek filem pula belum ada rezeki lagi,” katanya.

Saya susah percayakan orang dan berdasarka­n pengalaman, kawan lelaki

boleh simpan rahsia berbanding perempuan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia