Harian Metro

Mampukah felda, perak sekat impian kedah, johor dt?

-

Hari ini adalah penentu pasukan mana bakal mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-91 selepas aksi seimbang yang dipamerkan FELDA United, Kedah, Perak dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada separuh akhir pertama Ahad lalu yang menyaksika­n keduadua perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Ramalan bahawa dua pasukan yang dibarisi ramai pemain kebangsaan, Kedah dan Johor DT untuk bertemu dalam perlawanan akhir mengulangi perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih Januari lalu, semakin menjadi kenyataan walaupun masih mempunyai baki 90 minit untuk FELDA United serta Perak melakukan kejutan.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal

Nasir Ismail juga tidak mahu berselindu­ng lagi mengenai pasukan yang diramalkan­nya mampu mara ke perlawanan akhir apabila tetap optimis dengan pilihan Johor DT bertemu Kedah di Stadium Shah Alam 4 November ini, tambahan pula untuk separuh akhir kedua ini kedua-duanya beraksi di gelanggang sendiri.

“Johor DT dan Kedah kedua-duanya sudah mempunyai modal kemenangan hasil dari perlawanan separuh akhir pertama. Mereka kali ini beraksi di gelanggang sendiri,” katanya yang mengakui bahawa peluang buat Perak dan FELDA United untuk ke perlawanan akhir sudah pun tertutup selepas gagal menggunaka­n kesempatan beraksi di tempat sendiri Ahad lalu", katanya.

Ujar Jamal Nasir, pasukan bimbingan Mehmet Durakovic seakan sukar untuk melakukan kebangkita­n menakjubka­n menjelang perlawanan separuh akhir kedua hari ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

 ??  ?? MOHAMMED Ghaddar
MOHAMMED Ghaddar
 ??  ?? KEN Ilso
KEN Ilso

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia