Harian Metro

Kesilapan bakal menghukum

-

Tiga ‘kesilapan’ pada separuh akhir pertama tidak mungkin berulang pada aksi kedua pertembung­an Johor DT-Perak dan Kedah-FELDA United malam ini dalam langkah mencari tiket ke final Piala Malaysia 2017.

Kealpaan yang menyebabka­n skuad Kedah tiba lewat di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka,

Sabtu lalu diharapkan menjadi iktibar penganjur betapa soal logistik dalam Liga Malaysia tidak boleh dipandang enteng.

Apatah lagi dalam perlawanan besar seperti di peringkat separuh akhir Piala Malaysia, kejohanan penuh tradisi yang sentiasa membakar semangat seluruh warga bola sepak tanah air sejak diperkenal­kan menerusi Piala Malaya pada tahun 1921.

Sudah tentu, insiden lewat tiba di Jengka (hanya satu jam 15 minit sebelum perlawanan) mahu dilupakan oleh Kedah yang sebaliknya perlu lebih fokus untuk mengesahka­n penampilan musim ketiga berturut-turut pada perlawanan akhir

Piala Malaysia.

Biarpun bakal berlaku sedikit sebanyak pertukaran pemain atau formasi keduadua pasukan, Kedah dilihat calon pilihan untuk sekali lagi melangkah ke final selepas 2015 dan 2016.

Malah, keputusan seri 1-1 dengan Felda di Jengka seperti sudah mengembali­kan nostalgia buat bola sepak Kedah yang ternyata antara pasukan paling berjaya dalam

Piala Malaysia sejak tiga kekalahan berturut-turut di tangan Kuala Lumpur pada tahun 1987, 88 dan 89.

Barisan pemain Kedah juga mungkin mudah merasai tradisi Piala Malaysia yang sudah memulakan kebangkita­n bola sepak Hijau Kuning. Sebelum itu bola sepak Kedah melalui penantian 47 tahun kerana kali terakhir layak perlawanan akhir pada tahun 1940.

Sebelas penampilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia sejak

1987, menjadi gambaran Kedah mempunyai kaitan tersendiri dalam kejohanan itu, termasuk berazam mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi menerusi sepakan penalti ke atas Selangor.

Gol penyamaan

Hadin Azman pada lewat permainan tetap menjadi suntikkan penting

FELDA dan jurulatihn­ya B Sathianath­an. Namun, berdasarka­n keputusan aksi pertama serta prestasi semasa, Kedah menjadi ramalan utama peminat berkecuali malam ini.

Siapa bakal pencabar Kedah dalam final nanti (dalam ramalan)? Sekali lagi, lebih ramai peminat berkecuali memilih pasukan Johor DT untuk ke final, sekaligus menjanjika­n ‘perlawanan akhir impian’ dalam Piala Malaysia 2017.

Kedah-Johor DT, atau mengikut abjad, pertemuan Johor DT-Kedah pada perlawanan akhir ibarat “dream final”. Tetapi, dengan lonjakkan hujung musim yang sentiasa dibakar semangat membara kejuaraan Piala Malaysia, setiap perlawanan akhir dianggap final impian, tidak kira pasukan mana yang berentap.

Apa yang pasti, ‘kesilapan’ gol sendiri pada separuh masa pertama Hasbullah Abu Bakar mungkin menyaksika­n pemain muda itu tidak dapat mengekalka­n kedudukann­ya dalam kesebelasa­n utama Johor DT menentang Perak di Larkin, malam ini.

Malang buat pemain muda dalam perlawanan besar. Tidak mungkin jurulatih Johor DT, Ulisses Morais mengekalka­n Hasbullah apabila gol sendirinya hampir menjebak juara Liga Super itu pada separuh akhir pertama di Ipoh, Ahad lalu.

Ketua pasukan Perak, Shahrom Kalam pula nyata bergelut dengan emosi dan psikologi kerana sikap teragak-agak atau terlalu yakinnya membawa padah. Mohamed Ghaddar menambah derita Shahrom dengan gol penyamaan membolehka­n Johor DT lebih lega membawa bekalan seri 1-1 di Larkin.

Namun, untuk separuh akhir kedua malam ini, Johor DT perlukan ketajaman sebenar Ghaddar dan Gabriel Guerra jika berhajat menepati harapan untuk perlawanan akhir impian menentang Kedah, 4 November nanti.

Harapan peminat berkecuali pula ialah biarlah finalis perlawanan akhir 2017, ditentukan menerusi semangat juang, kaliber dan skil pemain, dan bukannya disebabkan oleh kesilapan individu tertentu. Jumpa lagi!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia