Harian Metro

SYAFIQ CETUS KEMARAHAN

-

Bila gambar Syafiq Ahmad bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ (Tengku Mahkota Johor) disiarkan melalui laman web Johor Southern Tigers dan kemudian tersebar di laman maya, ramai penyokong Kedah yang meluahkan kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap pemain itu.

Walaupun Syafiq sudah menjelaska­n bahawa pertemuan itu sekadar perbincang­an santai dengan TMJ termasuk mengenai bola sepak negara namun penyokong sudah dapat meneka ia bukan ‘perbincang­an kosong’.

Bagi mereka ‘sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya’. Mereka yakin ia satu isyarat bahawa penyerang muda berkenaan bakal menjadi milik Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada musim depan.

Bagi penyokong yang rasional, mereka menganggap apa yang bakal dilakukan oleh Syafiq adalah haknya serta perkara biasa dalam bola sepak. Spy Bola pun beranggapa­n begitu.

Namun, apa yang dipertikai­kan oleh penyokong adalah mengapa pemain itu mengadakan pertemuan serta perbincang­an dengan TMJ ketika musim bola sepak terutama Piala Malaysia masih berjalan yang memungkink­an Kedah bertemu Johor DT di final.

Bagi mereka, walaupun tindakan Syafiq itu tidak melanggar undangunda­ng tapi ia sangat ‘tidak manis’. Apatah lagi bila gambar pertemuan itu dipertonto­nkan kepada umum.

Malah, mereka menyatakan jika di Eropah, sudah pasti Syafiq akan menerima layanan buruk daripada penyokong sendiri walaupun masih bermain untuk kelabnya. Nazmi Faiz Mansor, Darren Lok dan Afiq Fazail pula akan lebih ditonjolka­n sebagai pemain utama.

Sudah tercetus khabar angin Azamuddin atau mesra dengan panggilan Alex dan Gopi akan kembali ke pangkuan Pahang sementara Mahalli dan Amirulhadi akan pulang ke Selangor. Tidak tahu pula ke arah mana hala tuju Gary, Shakir dan Chanturu.

Tapi, Spy Bola yakin dengan pengalaman yang mereka raih bersama

Johor DT pemain yang bakal angkat kaki ini tidak mempunyai masalah besar untuk mendapatka­n pasukan baru.

Malah penghijrah­an ini mungkin lebih baik untuk karier mereka kerana kehadiran barisan pemain muda dalam Johor DT kelak akan menyebabka­n pemain otai akan lebih banyak memanaskan bangku simpanan daripada beraksi di tengah padang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia