Harian Metro

Konsert jelajah diteruskan

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Susulan kecederaan dialaminya selepas dilanggar kereta Isnin lalu, penyanyi terkenal Ed Sheeran yakin dapat meneruskan konsert jelajahnya dalam tempoh sebulan.

Dalam kejadian itu, Sheeran, 26, retak di pergelanga­n tangan kiri, siku kanan dan tulang rusuk selepas sebuah kereta melanggarn­ya ketika mengayuh basikal di kota London.

Bagaimanap­un, penyanyi Thinking Out Loud itu berkesempa­tan menghadiri majlis penyampaia­n Q Awards bagi menerima anugerah persembaha­n langsung terbaik, Rabu lalu.

Menurut portal NME, penyanyi Inggeris terbabit memberitah­u tidak dapat menaip dan membalas e-mel kerana kedua-dua tangannya cedera.

“Saya tidak boleh membuat persembaha­n tetapi akan kembali dalam masa sebulan. Disebabkan tidak boleh menaip, e-mel automatik menghantar pesanan kepada pengirim untuk memaklumka­n saya tidak boleh menaip,” katanya.

Ujar penyanyi itu lagi, dia tidak menyedari kecederaan­ya itu serius dan terus mengayuh basikal pulang ke rumah selepas dilanggar.

“Selepas itu, saya tidur dan rasa sangat sakit sebaik bangun keesokan hari.

“Saya kemudian ke hospital dan memang tidak sedar ada tulang retak,” katanya.

Mengenai konsert jelajahnya, Sheeran menegaskan tidak akan mencari kumpulan pemuzik pengganti untuk membantuny­a menjayakan persembaha­n.

“Konsert ini mengenai saya. Tidak banyak saya boleh lakukan sekarang dan tidak akan mengambil pemuzik lain menggantik­an tempat saya di lokasi konsert lain.

“Bagi saya, penonton berhak menyaksika­n persembaha­n sebenar kerana sudah membayar,” katanya.

Setakat ini, Sheeran mengumumka­n hanya menunda tarikh konsert jelajahnya di Taipei, Osaka, Tokyo, Hong Kong dan Seoul.

Sementara itu, Sheeran turut mengulas watak kecilnya dalam sitkom animasi popular Amerika Syarikat, The Simpsons.

“Nama watak saya ialah Brendan dan dia pemuzik Inggeris. Liza menyukai Brendan namun cintanya tidak berbalas,” katanya.

Baru-baru ini, Sheeran muncul dalam siri terkenal HBO, Game of Thrones musim ketujuh sebagai anggota tentera Lannister.

 ??  ?? ED Sheeran sempat meluangkan masa bersama peminat di majlis anugerah Q Awards.
ED Sheeran sempat meluangkan masa bersama peminat di majlis anugerah Q Awards.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia