Harian Metro

Mesra kanak-kanak, tetamu

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Aura gaya ala Inggeris di kawasan taman bermula dari ruang santai berhampira­n pintu masuk kediaman ini yang menzahirka­n minat dan kecintaan pemiliknya terhadap seni sinonim bunga-bungaan itu.

Biarpun gaya hiasan di situ agak ringkas, penataanny­a begitu mesra kanak-kanak dan tetamu.

Bermakna susun letak dan aksesori hiasan yang diketengah­kan mudah diselengga­ra dan dialihkan bergantung kepada keadaan.

Perincian gaya ala Inggeris di ruang itu tambah menarik dengan beberapa hiasan dinding daripada bunga hiasan dalam beg berserta ungkapan kata-kata menarik.

Sebuah sofa, meja kopi dan buaian putih pula beralaskan hamparan tikar.

Uniknya alas sofa, bantal hiasan dan kebanyakan aksesori hiasan itu dihasilkan sendiri pemiliknya Zunaidah Ani, 40.

Teruja dek pertama kali mengunjung­i kediaman di Kampung Delek, Klang, Selangor ini menerbitka­n rasa kagum di hati penulis betapa kreatifnya tuan rumah.

Pemilihan putih sebagai warna dominan tentunya bukan perkara mudah.

Apatah lagi empat cahaya matanya yang sedang membesar dan paling kecil berusia setahun.

Penulis memilih untuk duduk di atas buaian itu sambil menemu bual Zunaidah.

Banyak juga cerita keindahan landskap kediamanny­a yang dikongsi.

“Penataan landskap sebegini sebenarnya bermula pada 2014. Sebelum itu, kawasan laman sudah ditanam beberapa pokok, namun tidak ditetapkan gaya tertentu.

“Penyertaan dalam Kelab Ros HoneyBee diasaskan Rohani Bujang juga banyak membantu saya untuk menanam ros dengan kaedah yang betul.

“Seronok rasanya apabila ros yang saya tanam berbunga dan hidup subur,” katanya yang menjadikan kelapangan petang sebagai waktu sesuai berada di taman dek pagi sibuk menguruska­n anak.

Sebelum melangkah ke taman, satu lagi sudut santai di ruang luar mencuci pakaian. Di situ sepasang perabot putih ditempatka­n dengan aksesori hiasan ringkas ala Inggeris.

Pelbagai bungabunga­an berbeza jenis nyata menambahka­n keceriaan taman.

Kuntuman mekar ros, ros Jepun, kekwa dan bunga kertas antara yang menarik perhatian.

“Perkongsia­n ilmu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia