Harian Metro

Disambut suasana redup, nyaman

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Kunjungan penulis dan jurugambar ke kediaman di kampung Medan, Telok Panglima Garang, Selangor ini nyata memberikan pengalaman tugasan amat menarik.

Siapa tidak teruja sebaik menyaksika­n deretan bunga ros ditanam dalam pasu yang sesetengah­nya berbunga mekar membawa aura keindahan tersendiri.

Susun letak tanaman dari koleksi itu melengkapk­an penataan landskap desa ala Inggeris yang cuba diketengah­kan.

Tidak hanya pokok bunga ros yang menjadi pilihan, malah inspirasi ketenangan di taman turut diserikan dengan pelbagai tanaman dan elemen hiasan lain.

Dekoratif pintu gerbang putih tertulis Slash Garden dihiasi pelbagai jenis bunga ros mekar berkembang juga membuktika­n ia benar-benar membawa konsep penataan landskap desa ala Inggeris.

Ditambah dengan dinding luar kediaman yang bersalut dedaun hijau menjalar ficus pumila atau biasanya dikenali ‘creeping fig’ pula sudah cukup menggambar­kan pemiliknya antara pencinta landskap yang tegar.

Siti Ruby Mahyah, 39, tidak lokek berkongsi petua penyelengg­araan tamannya itu supaya kekal menarik sepanjang masa.

“Satu yang ingin saya ketengahka­n adalah inspirasi ketenangan dan ia sememangny­a menjadi terapi semula jadi buat kami sekeluarga.

“Sekurang-kurangnya suasana ini membantu kami untuk lebih dekat dengan alam dan menghargai ciptaan Allah ini,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Sambil menikmati sajian sarapan istimewa yang disediakan Siti Ruby, halwa telinga dihiburkan dengan bunyi desiran air dari kolam ikan di taman yang terletak bersebelah­an ruang makan santai itu.

Suasana redup, dingin dan nyaman dapat

Halwa telinga

dihiburkan dengan bunyi desiran air dari

kolam ikan

dirasai sebaik berada di ruang yang sarat dengan dekoratif seni dan tanaman hijau.

Uniknya, ruang makan santai itu seolah-olah berada di tengah taman itu turut menghubung­kan ruang dapur dan ruang tamu yang juga bergaya Inggeris.

“Ruang makan santai pelbagai fungsi ini sengaja diwujudkan sebegini untuk mencipta keselesaan berpanjang­an.

“Persekitar­an hijau dan warna-warni bunga ros di depan mata membuatkan kewujudan ruang ini amat bermakna bagi kami sekeluarga dan mungkin juga tetamu,” katanya yang tinggal di situ sejak mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta Muhammad Salleh Salleh, 48.

Sambil meninjau keindahan keseluruha­n taman dari bahagian luar hingga belakang, anak kelahiran Selangor ini

 ??  ?? SUASANA ala Inggeris cuba juga dizahirkan pada persekitar­an spa.
SUASANA ala Inggeris cuba juga dizahirkan pada persekitar­an spa.
 ??  ?? AKSESORI hiasan kasut berkebun ini juga antara yang menambahka­n keindahan taman.
AKSESORI hiasan kasut berkebun ini juga antara yang menambahka­n keindahan taman.
 ??  ?? ANTARA tanaman berbunga di taman.
ANTARA tanaman berbunga di taman.
 ??  ?? TARIKAN kehijauan tanaman dalam suasana ala Inggeris.
TARIKAN kehijauan tanaman dalam suasana ala Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia