Harian Metro

Pilih kemasan lantai terbaik

-

Pemilihan lantai dapur juga seharusnya diberi perhatian kerana ia secara tidak langsung mempengaru­hi visual dekorasi.

Tarikan pada kemasan lantai dapur selalunya bergantung kepada warna yang dipilih, kekerapan laluan dan fungsinya di ruang berkenaan.

Kepelbagai­an kemasan lantai dapur juga mempunyai fungsi yang berbeza bergantung kepada kualiti material pilihan.

Pada masa sama elemen itu turut memerlukan penyelengg­araan dan ketahanan untuk jangka masa panjang.

Sememangny­a keperluan yang diingini juga perlu seiring dengan konsep dekorasi diketengah­kan.

Beberapa panduan berikut dikongsika­n dalam memilih kemasan lantai terbaik untuk ruang itu.

Ambil kira kekerapan anda dan keluarga habiskan masa di ruang berkenaan

1. Keperluan

Pertama, fikirkan keperluan dapur anda. Bermakna perlu meneliti kekerapan anda dan keluarga menghabisk­an masa di ruang itu.

Adakah ruang itu kerap digunakan atau menggunaka­nnya pada kadar masa yang singkat?

Bukan hanya menjadi tempat memasak dan menyediaka­n makanan semata-mata kerana ruang dapur sering menjadi tempat berkumpul.

2. Perbanding­an

Buat perbanding­an kemasan lantai kerana di pasaran ada pelbagai jenis dan bahan ditawarkan termasuk jubin dan kayu padu.

Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

3. Cara penggunaan

Sudah tentu kemasan lantai yang mudah diselengga­ra menjadi pilihan utama.

4. Sesuai dengan bajet

Buat perancanga­n teliti dalam memilih kemasan lantai terbaik untuk ruang dapur anda.

Pastikan ia tersenarai dalam bajet yang anda peruntukan.

5. Penataan

Dari segi dekorasi, pastikan pilihan warna kemasan lantai sesuai dengan idea yang bakal anda ketengahka­n bagi mengelak kelihatan janggal.

Anda juga perlu peka dengan warna kabinet dapur dan sebaik-baiknya ia diselarika­n dengan kemasan lantai.

 ??  ?? BUAT perancanga­n teliti dalam memilih kemasan lantai.
BUAT perancanga­n teliti dalam memilih kemasan lantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia