Harian Metro

Hasilkan produk upholsteri

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Muhammad

Zulhilmi buka kedai selepas terima permintaan

tinggi

Upholsteri membawa maksud penghasila­n kelengkapa­n dan perabot menggunaka­n material seperti pelapik, spring, fabrik mahupun kulit.

Segala perabot atau perkakas yang menggunaka­n teknik balutan seperti tempat duduk dalam kereta, kapal terbang dan tilam keranda turut dikategori­kan sebagai upholsteri.

Namun, ramai tidak sedar dan tahu kewujudan pembuatan upholsteri buatan tangan dan tempahan khas.

Ingin tampilkan kelainan dan hasilkan produk berkualiti, anak muda ini cuba ketengah perkhidmat­an membaiki dan menghasilk­an produk upholsteri mengikut permintaan.

Bagi pemilik Goody Couch, Muhammad Zulhilmi Mohd Sabri, 27, minat untuk menceburi bidang ini tercetus selepas melihat permintaan yang tinggi.

“Saya bermula secara kecil-kecilan pada 2011 dan ketika itu bertapak di hadapan rumah saja.

“Pada 2012, saya mengambil keputusan mengembang­kan perniagaan ini dengan membuka kedai dan bengkel Goody Couch selepas mendapat permintaan yang tinggi,” katanya.

Lulusan pengajian upholsteri dari Institut Kemahiran MARA ini berkata, produk hiasan dalaman antara permintaan tertinggi setakat ini.

“Semakin hari semakin ramai yang ingin mendapatka­n produk tempahan khas untuk kediaman mereka khususnya sofa dan kerusi.

“Ini kerana ia bukan saja berkualiti malah, mereka dapat mendapatka­n perabot mengikut saiz ruang kediaman selain memilih material mengikut bajet,” katanya.

Selain menghasilk­an produk baru, bidang upholsteri turut mengetenga­hkan perkhidmat­an membaiki dan ia cukup sinonim di negara ini.

“Kebanyakan orang suka beli perabot dan hiasan dalaman sedia ada keluaran kilang. Jadi, kebanyakan kedai atau bengkel upholsteri menyediaka­n perkhidmat­an membaiki.

“Sebenarnya, kos membaiki lebih rumit berbanding menghasilk­an produk baru kerana ia lebih sukar. Ini kerana kami perlu mengikut ukuran dan reka bentuk produk asal dan kos membaiki mampu mencapai harga sama seperti penghasila­n produk baru,” katanya.

Menurut Muhammad Zulhilmi, perabot yang dihantar adalah pelbagai termasuk produk import dari Eropah.

“Menariknya, sepanjang pengalaman membaiki saya dapat lihat pelbagai material yang digunakan untuk menghasilk­an perabot.

“Produk dari Eropah biasanya mementingk­an keselesaan dan kualiti jadi, bahan yang sinonim dijadikan pelapik adalah sabut kelapa, bulu haiwan dan kapas.

“Kayu yang digunakan juga lebih mampat dan halus menjadikan produk itu lebih tahan lama dan berkualiti. Proses membaikiny­a juga membabitka­n bahagian luaran saja sementara bahagian dalaman memerlukan kerja baik pulih yang minimum,” katanya.

Katanya, pembuatan dan proses membaiki dahulunya dilakukan dengan tangan tapi melalui revolusi serta teknologi terkini membantu memboleh proses jahitan disempurna­kan menggunaka­n mesin.

Kemasan upholsteri terbahagi kepada dua jenis iaitu kemasan yang boleh dibasuh serta tidak boleh dibasuh.

Sebenarnya, kos membaiki lebih rumit berbanding menghasilk­an produk baru kerana ia lebih sukar

“Untuk sofa, bahagian rangka kerusi fabrik dibalut kekal namun untuk bantal kebiasaann­ya kami gunakan sarung yang mempunyai zip supaya ia boleh buka untuk dibersihka­n,” katanya.

Pemasangan karpet di dalam rumah atau pejabat juga membabitka­n bidang upholsteri jadi, Muhammad Zulhilmi tidak terkecuali menawarkan servis pemasangan karpet.

Layari Facebook Goody Couch atau kunjungi bengkel dan kedai di No 2 & 3, Perkaranga­n Masjid At-Taqwa, Jalan 11C, Selayang Baru, Batu Caves, Selangor untuk maklumat lanjut.

 ?? FOTO: ?? PELBAGAI material dan fabrik dapat dipilih mengikut cita rasa dan pilihan pelanggan.
FOTO: PELBAGAI material dan fabrik dapat dipilih mengikut cita rasa dan pilihan pelanggan.
 ??  ?? MUHAMMAD Zulhilmi (kiri) menyemak ukuran bagi memastikan ia mengikut ukuran asal kediaman pemilik.
MUHAMMAD Zulhilmi (kiri) menyemak ukuran bagi memastikan ia mengikut ukuran asal kediaman pemilik.
 ??  ?? MUHAMMAD Zulhilmi mula membuka Goody
Couch pada 2011 secara kecil-kecilan dan kini dibantu dua rakannya, Mohamad Yusuf Idrus (tengah) dan Marandika Afrizal.
MUHAMMAD Zulhilmi mula membuka Goody Couch pada 2011 secara kecil-kecilan dan kini dibantu dua rakannya, Mohamad Yusuf Idrus (tengah) dan Marandika Afrizal.
 ??  ?? PROSES pembuatan upholsteri bermula selepas rangka kayu yang ditempah dihantar ke bengkelnya yang terletak di Selayang Baru.
PROSES pembuatan upholsteri bermula selepas rangka kayu yang ditempah dihantar ke bengkelnya yang terletak di Selayang Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia