Harian Metro

MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA

-

Kira-kira 20,000 banjiri pekarangan stadium seawal jam 7 pagi

Zolkefli.

Ia diselarask­an oleh

M ajlis Sukan Negara serta Jabatan Belia dan Sukan di acara peringkat kebangsaan, negeri serta daerah.

Ketua Sekreatari­at Ahli Sukan Negara M ohsinar Abdul M alek berkata sambutan menggalakk­an daripada orang ramai membuktika­n kebanyakan belia mengamalka­n gaya hidup aktif.

“Peningkata­n jumlah pengunjung tahun ketiga ini amat menggalakk­an dan mereka secara sukarela turun padang menyambut Hari Sukan Negara bersama rakan serta keluarga.

“Semangat ini yang kita mahukan dalam diri setiap individu sejajar hasrat Kementeria­n Belia dan Sukan menjadikan M alaysia sebagai negara bersukan sekali gus meletakkan kita di kedudukan 20 teratas dalam pembanguna­n ekonomi, kemajuan sosial serta inovasi menjelang 2050.

“Jika tiada masa untuk bersukan setiap hari, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu demi mengamalka­n gaya hidup sihat dan menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat M alaysia,” katanya.

Turut hadir memeriahka­n acara ini ialah Perdana M enteri

D atuk Seri Najib Razak, M enteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan barisan atlet Sukan SEA KL 2017 bagi acara perasmian HSN

2017 peringkat Wilayah Persekutua­n.

Pengunjung, M uhammad Nor Amin Jamaluddin, 24, mengakui teruja turun padang bersama rakan dan warga M alaysia buat pertama kali bagi meraikan Hari Sukan Negara.

“D ua tahun lalu, saya tidak berpeluang meraikan Hari Sukan Negara kerana ada komitmen lain dan hari ini tidak sabar menyertai larian Fit M alaysia bagi kategori 5km bersama warga M alaysia.

“Sebagai belia negara, saya sentiasa menyokong inisiatif Hari Sukan Negara dan berharap program ini dapat diteruskan serta ditambah baik secara menyeluruh demi mencapai misi ‘Negara Bersukan,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai menyertai Fit M alaysia Run.
ORANG ramai menyertai Fit M alaysia Run.
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang dianjurkan.
ANTARA aktiviti yang dianjurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia