Harian Metro

Selendang segera mudah diurus

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Sesetengah wanita menolak mengenakan selendang kerana beranggapa­n ia sukar diuruskan dan tidak bersesuaia­n dengan bentuk wajah mereka.

Tidak dinafikan, seiring dengan kehendak wanita masa kini yang ingin bergaya pantas dan mudah, terdapat pelbagai jenama selendang di pasaran mula direka dengan pelbagai cara serta inovasi.

Namun, perkara yang membezakan setiap satu rekaan adalah dari aspek perincian, material dan corak digunakan.

MUDAH, KEMAS

Tidak mahu ketinggala­n dalam memberi pilihan kepada pengguna mengenakan selendang dengan cara yang mudah, label Diyana Halik menampilka­n beberapa versi selendang segeranya.

Boleh digayakan mengikut keselesaan dan kreativiti sendiri, koleksi selendang segera jenama itu sememangny­a memudahkan pemakai bergaya kemas dalam tempoh singkat.

Koleksi Lush Satin didatangka­n dalam dua versi sama ada polos ataupun bercorak selain rekaan siri Travel. Siri Travel antara koleksi selendang yang paling digemari pemilik jenama Diyana Halik kerana setiap corak yang dicetak diilhamkan berdasarka­n lokasi digemari dan pernah dikunjungi Diyana.

Ia menggunaka­n fabrik satin premium dalam pilihan warna pastel dan garang, bersesuaia­n dengan cita rasa pengguna yang pelbagai. Ciri rekaan selendangn­ya kelihatan anggun namun masih dapat menonjolka­n gaya minimal dan ringkas.

Selendang segera yang mudah dan pantas digayakan itu menggunaka­n material berkualiti iaitu satin premium yang boleh didapati secara dalam talian atau berkunjung ke butiknya yang terletak di The Strand, Kota Damansara.

 ??  ?? SIRI koleksi tudung Travel.
SIRI koleksi tudung Travel.
 ??  ?? MUDAH dan pantas digayakan ke mana saja.
MUDAH dan pantas digayakan ke mana saja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia