Harian Metro

Perkenal 3 label terbaik

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Bertapak di D enmark, lebih 20 jenama fesyen untuk pakaian lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak dihimpunka­n di bawah satu bumbung sama, Bestseller.

Jenama dan produknya boleh dibeli secara dalam talian ataupun langsung di pasaran antarabang­sa termasuk seluruh Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara, Amerika Latin, Australia dan China.

Bagi memberi peluang merasai sendiri kehebatan pereka berkenaan, jenama itu mengumumka­n akan memperkena­lkan tiga label fesyen terbaik iaitu Jack & Jones, Vero Moda dan Only ke pasaran negara ini.

Jack & Jones adalah fesyen yang direka untuk remaja lelaki dan sudah memasuki lebih 1,000 kedai di 38 negara. Ia adalah jenama yang terkenal dengan koleksi denim dan meneruskan warisan fabrik berkenaan bagi menghormat­i sejarah penggunaan­nya.

Bermula daripada rekaan tidak lapuk dek zaman untuk remaja aktif, label ini masih mengekalka­n kualiti fabrik agar setanding dengan harga ditawarkan.

Vero Moda pula ditampilka­n buat remaja perempuan yang sering tercari-cari fesyen mengikut trend terkini dan praktikal dalam bergaya menarik. Memberi idea dalam fesyen, setiap rekaan dikaji terlebih dulu bagi memastikan ia mampu memberi kepuasan kepada si pemakai.

Label Only juga diperkenal­kan kepada wanita yang begitu mencintai fesyen. Ia memberi fokus terhadap koleksi denim untuk penampilan kasual, rock dan ceria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia