Harian Metro

RIBUT MENGGANAS

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

“Berderau darah saya melihat sebatang pokok setinggi hampir 10 meter tercabut lalu menghempap sebuah lori di hadapan kenderaan saya.

“Mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika itu,” kata Joshua Lee, 34, menceritak­an detik cemas kejadian ribut yang melanda bandar raya ini, petang kelmarin.

Joshua berkata, ketika kejadian jam 5.30 petang itu, dia sedang memandu kereta Proton Wira pulang ke rumahnya di Senadin dari bandar raya ini.

“Ketika melalui Jalan Miri-Pujut, cuaca tiba-tiba berubah apabila angin bertiup kencang diikuti dengan hujan renyai.

“Tidak lama kemudian, sebatang pokok tercabut dan tumbang di tengah jalan lalu menghempap sebuah lori. Ada kenderaan lain cuba berpatah balik akibat panik melihat kejadian itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, pemandu lori berusia lingkungan 40-an itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan Harian Metro mendapati beberapa kawasan berdekatan

Balai Polis Pusat Miri, perumahan kedai di Centre Point, Pasar Pusat Miri turut terjejas akibat kejadian ribut itu.

Sebuah premis perniagaan di Centre

Point antara terjejas teruk apabila cermin dinding pecah, manakala puluhan bumbung di Pasar Pusat Miri terkopek selain terdapat tiang elektrik yang tumbang.

Kejadian ribut turut berlaku bahagian Tengah dan Barat Sarawak, kira-kira jam 3 petang semalam, apabila enam pokok tumbang dilaporkan di Kuching, manakala tapak Festival Tanglung Sibu 2017 di

Sibu turut mengalami kerosakan.

Dalam dua kejadian berasingan di Perta Jaya dan Kuching, sebuah kereta Perodua Kancil dihempap pokok tumbang, begitu juga sebuah rumah di Kampung Kampung Siol Kandis.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kawasan yang terjejas juga tidak mengalami sebarang kerosakan serius.

Antara lokasi yang terjejas akibat ribut di Kuching semalam adalah Jalan Tun Salahuddin, Bulatan Abang Kipali, Jalan Merdeka, Taman Budaya, sekitar Jambatan Santubong dan Kampung Siol Kandis.

 ??  ?? KEADAAN sebuah lori yang dihempap sebatang pokok.
KEADAAN sebuah lori yang dihempap sebatang pokok.
 ??  ?? BUMBUNG kedai di sebuah premis perniagaan tercabut diterbangk­an angin.
BUMBUNG kedai di sebuah premis perniagaan tercabut diterbangk­an angin.
 ??  ?? KEADAAN premis yang mengalami kebocoran selepas angin kuat melanda Miri.
KEADAAN premis yang mengalami kebocoran selepas angin kuat melanda Miri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia