Harian Metro

AKSES PERCUMA JALUR LEBAR

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Orang ramai kini berpeluang menikmati akses jalur lebar secara percuma dengan pelancaran di sekitar bandar raya ini.

Bagi fasa pertama,

boleh diakses di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens bermula dari kompleks beli-belah

sehingga ke kompleks beli-belah Suria Sabah.

Pengguna boleh mengakses kemudahan dengan had data sehingga 10 Gigabit (GB) sehari dan pendaftara­n boleh dilakukan dengan mudah melalui akaun media sosial seperti

dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, bagi fasa kedua yang akan dilancarka­n dalam masa terdekat,

menyediaka­n kemudahan akses WiFi di kawasan tumpuan awam termasuk di kawasan kompleks beli-belah Imago sehingga ke Taman Awam Teluk Likas.

“Usaha murni Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan menggalakk­an perkembang­an industri pelanconga­n dan ekonomi digital negeri ini.

“Kemudahan ini pasti memajukan produk pelanconga­n tempatan di samping memudahkan masyarakat melakukan banyak perkara dalam satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun, Pengerusi SKMM Tan Sri Dr Halim Shafie dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Salleh berkata, projek jalur lebar itu meningkatk­an kelajuan Internet dari 5 Megabit per saat (Mbps) kepada 30 Mbps dan menggunaka­n Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang menghubung­kan seluruh negara.

“Usaha ini kerjasama DBKK dengan Borneo Global Connect Sdn Bhd untuk meletakkan bandar raya ini setaraf bandar lain daripada aspek kemudahan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan akses Internet,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap pengusaha dan usahawan produk tempatan di negeri ini boleh memanfaatk­an rangkaian WiFi bagi tujuan perluasan pemasaran produk dan perkhidmat­an.

Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat DBKK David Ng berkata, setakat ini, pihaknya menerima 55,000 pengguna berdaftar dalam

DBKK, SKMM bekerjasam­a lancar KK City WiFi galak perkembang­an industri pelanconga­n, ekonomi digital

 ??  ?? MUSA (tengah) bersalaman dengan tetamu pada majlis pelancaran KK City WiFi di Kota Kinabalu, semalam.
MUSA (tengah) bersalaman dengan tetamu pada majlis pelancaran KK City WiFi di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia