Harian Metro

RUMAH GELONGSOR

-

Tuaran: “Sebaik membuka pintu, isteri terkejut melihat tiada tanah di hadapan rumah kami.

“Dia kemudian menjerit ‘lari...tanah runtuh’,” kata Roddy Selidin, 27, selepas rumah didiaminya bersama tiga ahli keluarga menggelong­sor akibat tanah runtuh di Jalan Longkou Lama, Kiulu, dekat sini, kelmarin.

Pada kejadian jam 7.30 malam itu, runtuhan tanah dipercayai akibat mendapan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Ia menyebabka­n rumah mangsa menggelong­sor beberapa meter dari tapak asal.

Sebuah motosikal milik mereka turut tertimbus.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas empat beranak itu sempat menyelamat­kan diri dengan keluar dari kediaman berkenaan.

Menceritak­an detik cemas itu, Roddy berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya berusia satu dan lima tahun baru selesai makan malam.

Lelaki itu yang bekerja di sebuah syarikat di Telipok,

Kota Kinabalu berkata, kejadian hanya disedari isterinya ketika mahu memberi makan kucing peliharaan di depan rumah.

“Selepas menyedari tanah runtuh itu, saya segera mengambil dua anak dan berlari ke arah jalan raya. Tidak lama kemudian, saya lihat rumah kami ‘berjalan’ ke bawah perlahan-lahan.

“Kami memang tak sedar berlaku tanah runtuh sehingga isteri membuka pintu kerana tidak perasan sebarang gegaran.

“Apapun kami bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Roddy berkata, buat sementara waktu, mereka sekeluarga terpaksa menumpang di rumah keluarga mentuanya tidak jauh dari rumahnya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBUAH rumah menggelong­sor akibat tanah runtuh di Jalan Longkou Lama Kiulu, Tuaran.
SEBUAH rumah menggelong­sor akibat tanah runtuh di Jalan Longkou Lama Kiulu, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia