Kena RM2,000 caj perayauan
Kuala Lumpur: Dicaj melebihi daripada penggunaan. Itu nasib yang menimpa Zul apabila dikenakan RM2,000 bagi caj perayauan ketika bercuti di Mauritius dua bulan lalu.
Zul, 30, berkata, dia membeli sim kad tempatan selain menggunakan jalur lebar percuma sepanjang seminggu berada di kepulauan itu.
“Saya hanya menggunakan perkhidmatan perayauan itu ketika tiba di Mauritius iaitu kira-kira 26 peratus daripada 1 megabite (MB) saja.
“Selebihnya sepanjang berada di sana, saya hanya menggunakan sim kad tempatan dan jalur lebar percuma kerana lebih menjimatkan,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun dia terkejut apabila menerima e-mel daripada syarikat telco berkenaan yang menyatakan butir maklumat penggunaannya di Mauritius.
“Saya dapati caj berkenaan mahal berbanding biasa dan saya terkejut melihat bil menyatakan butir penggunaan saya termasuk perayauan ketika berada di Mauritius.
“Tidak puas hati dengan perkara itu, saya menghubungi syarikat telco terbabit dan menunjukkan bukti penggunaan data dan telefon bimbit kepada mereka,” katanya.
Katanya, dia meminta syarikat telco menyemak semula caj berkenaan dan menyiasat sekiranya berlaku kesilapan.
“Saya ada semua bukti penggunaan di sana termasuk nombor telefon yang saya gunakan ketika ejen mereka menghubungi saya di kepulauan itu selepas menerima e-mel itu.
“Persoalannya, bagaimana perayauan itu dicaj ke atas nama saya sebanyak itu sedangkan saya hanya menggunakan sedikit ketika tiba di sana dan selebihnya banyak menggunakan sim kad tempatan,” katanya.
Impian Aminah dan suaminya mengabadikan saat indah majlis perkahwinan mereka dalam bentuk rakaman gambar dan video punah, apabila syarikat yang mengendalikan khidmat berkenaan gagal menepati perjanjian.
Menurut Aminah, 25, selepas setahun majlis perkahwinan dilangsungkan, dia hanya menerima salinan perisian rakaman foto perkahwinannya.
“Mengikut perjanjian asal langganan bayaran yang kami