MAHU SEHEBAT COURTOIS
Alim tak mudah mengalah, idam harumkan nama
negara di pentas antarabangsa satu hari nanti
Soalan (S): Ceritakan bagaimana anda mula beraksi sebagai penjaga gol dan siapakah individu yang memperkenalkan anda dengan sukan ini?
Jawapan (J): Saya mula bermain bola sepak pada umur 10 tahun sebagai pemain pertahanan. Pada waktu itu saya tidak menyerlah dengan
baik. Namun ketika berusia 11 tahun, guru sekolah rendah iaitu Cikgu Fahmi menukarkan posisi saya ke penjaga gol. Dari situlah segala-galanya bermula.
S: Anda adalah penjaga gol skuad B-15 negara dan juga skuad elit NFDP (Program Pembangunan Bolasepak Negara). Boleh kongsikan bagaimana anda berjaya menyertai kedua-kedua pasukan itu?
J: Saya berjaya menyertai pasukan itu kerana kelebihan saya berjaya menarik perhatiaan semua jurulatih. Mungkin, faktor ketinggian juga memainkan peranan di mana dalam kalangan rakan-rakan saya paling tinggi. Itu salah satu sebab mengapa saya diserapkan ke skuad NFDP dan
pasukan kebangsaan.
S: Anda memiliki ketinggian yang baik sebagai seorang penjaga gol, adakah ia kelebihan utama anda?
J: Sebenarnya tak juga, kerana kelebihan pertama saya adalah saya tidak cepat mengalah dan tidak suka mengalah.
S: Kesibukan anda berlatih bersama skuad B-15 dan NFDP serba sedikit menganggu pelajaran anda dan bagaimana anda membahagikan masa untuk belajar?
J: Ada juga rasa terganggu tentang pelajaran tetapi saya cuba membahagikan masa iaitu pada waktu pagi saya fokus kepada pelajaran dan apabila waktu latihan petang saya memberi tumpuan 100 peratus.
S: Siapa idola anda di posisi penjaga gol dan kenapa memilihnya?
S: Apa perancangan anda dalam kerjaya sebagai pemain bola sepak?
J: Perancangan saya ialah ingin bermain di luar negara jika mendapat peluang.
S: Apakah impian anda sebagai pemain bola sepak?
J: Saya ingin mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dan juga melayakkan Malaysia beraksi di Piala Dunia.