Harian Metro

‘Benjy masih darah daging saya’

-

Kuala Lumpur: “Apa saja kesalahann­ya, dia masih darah daging saya.”

Demikian luahan adik pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy iaitu Elza Irdalynna berhubung hukuman penjara selama 11 tahun yang dikenakan terhadap abangnya atas kesalahan memiliki dadah.

Elza menerusi kenyataan terbuka di Twitter, semalam meluahkan rasa sedih dan akan tetap menyayangi Benjy walaupun abangnya melakukan kesalahan dan dia tidak pernah menghukum perbuatann­ya itu.

“Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahann­ya. Saya sayangkann­ya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya.

“Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahann­ya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya,” tulisnya di Twitter.

Pada 18 Oktober lalu, Benjy, 38, dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methapheta­mine.

Benjy dikenakan denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) atas kesalahan itu.

Menerusi kenyataan itu, Elza turut menyifatka­n abangnya seorang yang banyak berkorban demi menjaganya dan adik mereka, Inessa Irdayanty ketika mereka masih kecil.

“Sejak kecil dia sentiasa menjadi ketua keluarga serta berkorban masa bersama rakan-rakannya bagi menjaga kami,” katanya.

 ??  ?? BENJY
BENJY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia