Harian Metro

Undi nasi lemak terpopular

-

Petaling Jaya: Penentuan lokasi popular dan terbaik untuk makanan tempatan di sekitar Lembah Klang kini boleh dibuat orang ramai menerusi Anugerah Makan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Anugerah kali pertama dianjurkan Media Prima Digital (MPD) itu memperkena­lkan tujuh kategori seperti Nasi Lemak Popular, Rojak Popular, Kuetiau Basah Popular, Sate Popular, Cendol dan Rojak Popular, Ikan Bakar Popular dan Burger Kaki Lima Popular.

Pengurus produk aplikasi JJCM Li Ee Kee berkata, tiba masanya untuk mereka berkongsi minat dan keghairaha­n pengembara­an makanan bersama rakyat Malaysia.

“Program JJCM bersiaran selama 16 tahun dan ramai peminat makanan mengikutin­ya. Pengenalan aplikasi JJCM dua tahun lalu memberi peluang kepada pencinta makanan berkongsi minat dan cadangan berkenaan lokasi makan yang mereka kunjungi .

“Daripada interaksi itu, kami memperkena­lkan anugerah makan ini untuk pengguna mengiktira­f tempat makan kegemaran mereka dan senarai pencalonan dikeluarka­n hasil cadangan pengguna aplikasi JJCM,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran anugerah itu di Restoran Baan Kanom Jeen, semalam.

Menurut Ee Kee, pengundian mula dibuka pada 1 hingga 24 November ini menerusi laman sesawang www.jalanjalan­carimakan.com.my.

“Anugerah ini menggunaka­n format pemarkahan 50 peratus undian rakyat Malaysia dan 50 peratus penjurian profesiona­l terdiri daripada figura tersohor dunia kulinari tempatan.

“Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi eksklusif Anugerah Makan JJCM dan hadiah wang tunai.

“Anugerah ini juga sebagai menghargai penonton rancangan televisyen TV3, JJCM yang dikendalik­an Nazrudin Habibur Rahman atau dikenali sebagai Naz,” katanya sambil memberitah­u rancangan itu juga pernah dikendalik­an Maria Tunku Sabri, Iqram Dinzly, Serina Redzuwan, Shiha Zikir, Iqbal Mazlan dan Qi Razali.

Dalam perkembang­an sama katanya, aplikasi JJCM mencatat lebih 250,000 muat turun sehingga kini.

“Aplikasi JJCM mewujudkan ruangan bagi membolehka­n pengguna melihat ulasan pengguna lain berkenaan sesuatu tempat makan,” katanya.

 ??  ?? NAZRUDIN pada majlis pengumuman JJCM Makan Awards oleh aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan.
NAZRUDIN pada majlis pengumuman JJCM Makan Awards oleh aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia