Harian Metro

Hampir disapa maut

Bot dinaiki lelaki bersama bapa mentua karam dipukul ombak

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Berpantang maut sebelum ajal. Detik mencemaska­n itu dilalui dua beranak apabila bot kelas B dinaiki mereka karam dipukul ombak dan ribut di Kuala Geting, Tumpat, kelmarin.

Kejadian jam 2.30 petang itu berlaku ketika Erman Eradi Zulkifli, 32, bersama ayah mentuanya, Awang Ahmad, 64, dalam perjalanan pulang ke Jeti Kuala Besar, di sini, yang terletak tujuh batu nautika dari lokasi kejadian.

Erman Eradi yang masih trauma berkata, ketika itu mereka baru sahaja mengambil bot berkenaan yang dibaiki di Kampung Geting, Tumpat.

Malangnya, kejadian itu menyebabka­n

bot terbabit rosak sepenuhnya dengan nilai kerugian mencecah RM150,000.

“Kami baru bergerak selama setengah jam sebelum bot dipukul ombak dan ribut kuat menyebabka­n enjin mati kerana dimasuki pasir.

“Bot kami karam dan dihanyutka­n sejauh 50 meter. Saya dan ayah mentua cuba menyelamat­kan diri dengan terjun ke dalam laut dan berenang sejauh 15 meter.

“Ketika tiba di pantai, bot sudah tenggelam dan hanya nampak bumbung. Kami terpaksa berjalan sejauh satu kilometer selama setengah jam untuk meminta bantuan di kampung terdekat,” katanya ketika ditemui di Kuala Besar, di sini, semalam.

Akuinya, dalam keadaan ombak setinggi satu meter itu, Erman Eradi tidak lagi memikirkan ketakutan melainkan ikhtiar menyelamat­kan dirinya dan bapa mentua.

Mereka berdua sangat terkejut dan trauma sejurus kejadian, namun pada masa sama, bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Saya hanya fikir mahu selamatkan diri kerana ingat isteri dan tiga anak yang masih kecil berusia antara tujuh bulan hingga lapan tahun menunggu di rumah.

“Kami kini buntu kerana kehilangan bot yang menjadi punca rezeki,” katanya yang menjadi nelayan sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Badang, Jalan PCB, semalam, bagi memaklumka­n kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Nelayan Kota Bharu Hazahar Mat Sanisah berkata, pihaknya akan mengusahak­an bantuan kepada mangsa supaya dapat terus mencari rezeki di laut.

“Mereka bukan saja trauma, malah kehilangan bot yang menjadi punca rezeki untuk menyara keluarga,” katanya.

 ??  ?? BOT yang dinaiki, Erman Eradi bersama bapa mentuanya, Awang tenggelam dipukul ombak dan ribut di Kuala Geting, Tumpat, kelmarin.
BOT yang dinaiki, Erman Eradi bersama bapa mentuanya, Awang tenggelam dipukul ombak dan ribut di Kuala Geting, Tumpat, kelmarin.
 ??  ?? Saya hanya fikir mahu selamatkan diri kerana ingat isteri dan tiga anak yang masih kecil menunggu di rumah”
Erman Eradi Zulkifli
Saya hanya fikir mahu selamatkan diri kerana ingat isteri dan tiga anak yang masih kecil menunggu di rumah” Erman Eradi Zulkifli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia