Harian Metro

HKL nafi tuduhan pemilik akaun FB

-

Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan tuduhan pemilik akaun laman sosial Facebook (FB) menggunaka­n nama Niki Abdul Kadir mengenai unsur kecuaian terhadap pesakit kanak-kanak lima tahun melecur yang menjadi tular di Facebook (FB) pada 21 Oktober lalu.

Berita dimuat naik di laman media sosial itu jelas mencemarka­n imej HKL sebagai pusat rawatan yang merawat pesakit melecur di hospital berkenaan.

Menurut Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, HKL memberikan rawatan sewajarnya kepada pesakit terbabit.

“Pesakit kanak-kanak yang berusia lima tahun yang melecur sepuluh peratus diberikan rawatan segera apabila dirujuk dari Hospital Islam Az Zahrah (HIAZ) di sini.

“Kanak-kanak terbabit diberikan rawatan sewajarnya iaitu cucian luka di wad mengikut rutin yang telah ditetapkan pakar yang merawat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Zaininah berkata, pesakit diberikan ubat yang tahan sakit secara berkala dan juga rawatan susulan.

“Adalah mustahil untuk pesakit tidak berasa sakit dan trauma akibat lecuran tersebut, namun dengan pemberian ubat tahan sakit, ia mampu mengurangk­an kesakitan.

“Pakar perubatan yang merawat juga menetapkan satu tarikh untuk pesakit menjalani rawatan susulan iaitu Superficia­l Skin Grafting, namun waris pesakit memilih untuk discaj bagi mendapatka­n rawatan di hospital lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia