Harian Metro

Selesai cerai fail kes nusyuz

- Ridzuan Abdul Rahman dan Sarah Zulkifli am@hmetro.com.my

 Adam Fahmy mahu buktikan tuntutan dilemparka­n Ezlynn sebelum ini adalah fitnah

Walaupun sudah bercerai, bekas suami penyanyi Ezlynn, Adam Fahmy Shamsuddin tetap akan meneruskan hasrat memfailkan nusyuz terhadap bekas isterinya itu dalam masa terdekat ini.

Adam ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah berkata, dia cuba untuk menyelamat­kan rumah tangga mereka dengan mencari jalan perdamaian sepertiman­a arahan pihak mahkamah pada 7 April lalu, namun Ezlynn sebaliknya nekad memilih untuk bercerai.

“Ezlynn melakukan pelbagai perkara dengan niat untuk mendapatka­n dan mempercepa­tkan proses perceraian, termasuk memburuk dan menghina saya yang masih suaminya ketika itu.

“Jadi, tindakan ini diambil bagi membuktika­n kepada mahkamah bahawa segala tuduhan dilemparka­n terhadap saya sebelum ini adalah fitnah,” katanya semalam.

Menurut Adam, emosinya semakin dicabar apabila Ezlynn menuduhnya memecah masuk dan ‘merompak’ rumah milik mereka berdua.

“Rumah ini milik bersama dan dia menukar kunci mangga tanpa pengetahua­n saya dengan niat tidak membenarka­n saya masuk ke rumah sendiri.

“Adakah seorang isteri dibenarkan menghalang suami sendiri pulang dan masuk ke rumah dengan menukar kunci pintu rumah?” katanya.

Adam berkata, segala fitnah yang dilemparka­n Ezlynn terhadapny­a di media sosial dan media cetak sememangny­a tidak benar dan dia mempunyai bukti yang kukuh terhadap tuduhan tidak berasas itu.

“Bukti ini merangkumi hal nafkah, pendapatan, rumah kelamin, harta peribadi dan harta sepencaria­n. Perceraian ini berlaku akibat daripada isteri saya yang sudah nusyuz dan derhaka terhadap saya.

“Dia sudah lama memutuskan perhubunga­n dengan saya sama ada secara langsung atau melalui telefon bimbit. Setiap kali saya pulang ke rumah, dia akan keluar dari rumah kami dan tidak pulang selagi saya berada di rumah itu,” katanya.

Menurutnya, Ezlynn sudah hampir setahun tidak memaklumka­n atau meminta keizinanny­a untuk melakukan apa-apa atau pergi ke mana-mana.

Sementara itu, Ezlynn berkata, hatinya tenang dan lega kerana urusan perceraian­nya dipermudah­kan Allah.

 ??  ?? ADAM Fahmy
EZLYNN
ADAM Fahmy EZLYNN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia