Harian Metro

Timbul lepas tenggelam

-

 Pekerja terselamat cerita detik tertimbus hingga paras pinggang

“Runtuhan itu membuatkan saya tertimbus hingga paras pinggang, namun terselamat apabila tanah yang menggelunc­ur menolak badan saya naik ke permukaan,” kata Gearsudin Ab Sodul Haq, 32, menceritak­an kejadian cemas ketika tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik setinggi 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini, pagi Sabtu lalu.

Menurut pekerja warga Myanmar itu, dia bersyukur terselamat dalam runtuhan walaupun pada mulanya menyangkak­an nyawanya akan berakhir dalam tragedi yang mengorbank­an 11 pekerja.

“Mulanya saya panik dan hanya mampu melaungkan takbir, mengucap dan bertawakal apabila terperangk­ap dalam timbunan tanah.

“Dalam kelam-kabut itu, tanah terus menggelong­sor membuatkan badan saya tercampak. Saya ambil kesempatan itu untuk bangun dan melarikan diri.

Menurut, kejadian berlaku pantas dan bersyukur terselamat dalam runtuhan.

“Ia bagai mati hidup semula. Saya sedih melihat rakan lain yang melakukan kerja hilang sekelip mata ditimbus tanah,” katanya di lokasi kejadian, semalam.

Pekerja Bangladesh Mohammad Jasmin Uddin, 27, berkata, dia hanya mampu menjerit serta memanggil nama adiknya, Rahman Abdur, 18, berulang kali selepas melihat mangsa hilang dalam timbunan tanah runtuh.

Menurutnya, ketika kejadian dia baru naik dari tapak pembinaan untuk mengambil besi sebelum mendengar bunyi riuh akibat tanah runtuh.

“Sejurus berpaling, saya lihat tanah menimbusi lokasi tapak pembinaan dan fikiran bercelaru apabila mengenangk­an adik yang bekerja di bawah.

“Saya melaungkan namanya berulang kali sebelum ditenangka­n rakan lain, malah saya turut mengorek runtuhan tanah itu menggunaka­n tangan,” katanya.

Menurutnya, dia akur apabila dinasihati rakan sekerja supaya menunggu pasukan keselamata­n yang tiba ke lokasi tidak lama kemudian.

“Adik saya baru bekerja di tapak ini tidak sampai sebulan dan dia belum menerima gaji.

“Saya sudah maklumkan kematian adik kepada ibu bapa kami di Bangladesh. Walaupun sedih, mereka reda,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat membuat kerja mengesan bagi memastikan tiada mayat tertimbus dalam
runtuhan tanah.
ANGGOTA penyelamat membuat kerja mengesan bagi memastikan tiada mayat tertimbus dalam runtuhan tanah.
 ??  ?? MOHAMMAD Jasmin
MOHAMMAD Jasmin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia