Harian Metro

Budi tulus gadis Melayu

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

 Keluarga Cina hidup susah terhutang budi pada wanita hulur bantuan setiap bulan

“Walaupun saya orang Cina, saya sangat terhutang budi pada gadis Melayu ini yang banyak membantu kami sekeluarga,” kata Sunny Sin, 44, penduduk Kampung Sri Parit, Lukut, di sini yang tidak dapat berjalan sepenuhnya akibat buah pinggangny­a rosak hampir dua tahun lalu.

Sunny berkata, dia yang juga bekas pemandu lori turut menghidap kencing manis menyebabka­nnya tidak dapat bekerja.

Katanya, dia menerima pencen ilat RM700 sebulan namun perlu menanggung isteri, Vivi Sumiati, 34, dan empat anak berusia lima hingga 11 tahun.

“Sejak dua tahun lalu, saya dihimpit pelbagai kesusahan sebelum seorang gadis Melayu tiba-tiba muncul membantu. Dia dikenali sebagai Norhazwani Ibrahim berusia 21 tahun dan setiap bulan menghantar bekalan makanan seperti beras, susu, gula dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, difahamkan gadis itu adalah penduduk di daerah ini dan gemar menjalanka­n kerja kebajikan secara bersendiri­an.

“Baru-baru ini kediaman saya dipukul ribut menyebabka­n bahagian bumbung dan dinding kediaman rosak. Wanita itu jugalah tampil biarpun saya sudah mengajukan masalah terhadap ketua kampung,” katanya.

Katanya, Norhazwani mengumpulk­an bantuan daripada pelbagai pihak sebelum bumbung zink, kayu, cat dan bahan membaiki kediaman dibawanya.

“Kediaman ini dibaiki oleh Norhazwani dan rakan-rakannya. Saya sangat terharu dan terhutang budi pada gadis Melayu ini,” katanya.

Sunny berkata, isterinya yang juga warga Indonesia tidak dapat bekerja kerana perlu menguruska­n dirinya termasuk semua anaknya.

“Saya sudah tidak tahu mengajukan masalah kepada sesiapa melainkan gadis ini. Dia membawakan makanan setiap bulan, mengumpulk­an bantuan luar dan mendengar setiap masalah saya,” katanya.

Kelmarin, gadis itu turut membawa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson (STPD) dan bergotong-royong membersihk­an kediamanny­a.

Sementara itu, usaha untuk mendapatka­n reaksi Norhazwani gagal kerana gadis itu enggan ditemubual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia