Harian Metro

Cuaca panas hingga hujung bulan

-

Cuaca panas terik melebihi 33 darjah Celsius yang melanda beberapa kawasan di Semenanjun­g termasuk bandar raya ini dijangka berterusan hingga hujung bulan ini.

Sehubungan itu, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga ketika mengadakan aktiviti luar.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) Alwi

Bahari berkata, setakat beberapa minggu ini suhu cuaca yang dicatatkan tertinggi di negara ini adalah 36 darjah Celsius.

Beliau berkata, cuaca panas terik itu berikutan tempias Taufan Lan yang melanda timur Filipina beberapa minggu lalu.

“Kesan sampingan daripada Taufan Lan itu menyebabka­n liputan awan yang kurang di beberapa kawasan, sekali gus menyebabka­n peningkata­n suhu.

“Cuaca panas terik akan berlanjuta­n hingga hujung bulan ini, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana cuaca berkenaan tidak akan berlaku dalam tempoh lama dan pihaknya sentiasa akan memaklumka­n jika berlaku perubahan iklim.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebookny­a semalam menasihati orang ramai supaya mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak terkena strok haba.

“Orang ramai dinasihatk­an mengurangk­an aktiviti luar dan minum banyak air ketika cuaca panas terik selain peka terhadap amaran yang dikeluarka­n pihak berkaitan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia