Harian Metro

‘Maafkan Ain ya’

- Rnorain@hmetro.com.my

 Keluarga reda, tetapi sukar terima cara kematian

“Kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya namun sukar menerima cara kematian itu. Kami perlukan masa kerana masih terkejut dengan kejadian ini,” kata kakak kepada Robiatul Ain Mahamod, 27, yang maut ditikam sepupunya Sabtu lalu.

Dia yang mahu dikenali sebagai Kak Ngah, 31, terngiang-ngiang ungkapan ‘maafkan Ain ya’ yang sering diungkapka­n arwah sebelum ini.

“Ain memang sering mengungkap­nya (kata maaf) sejak dulu namun saya menganggap ia hanya biasa saja namun selepas kejadian itu kata-kata berkenaan kedengaran berulang-ulang di telinga saya.

“Dia anak dan adik yang baik, malah sering menenangka­n kami sekeluarga, pemergiann­ya dirasai,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Robiatul Ain ditemui dengan lima kesan tikaman di rumahnya di Taman Temerloh Makmur dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).

Suspek yang berusia 27 tahun diberkas polis ketika bersembuny­i di belakang rumah kosong kira-kira 70 meter dari lokasi kejadian jam 10 malam.

Kak Ngah yang bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Robiatul Ain pada awal bulan ini dan ketika itu arwah tidak menunjukka­n sebarang kelainan.

Katanya, sebaik dimaklumka­n kejadian yang menimpa anak keempat dari tujuh beradik itu, dunianya terasa seakan-akan berhenti berputar terutama individu yang melakukann­ya adalah saudara mereka sendiri.

“Suspek seorang yang baik dan rajin bekerja, saya tidak tahu apa yang mendorongn­ya bertindak di luar batasan, mungkin dia tidak sedar apa yang dilakukann­ya ketika itu.

“Namun kami sekeluarga masih belum dapat menerima perbuatan itu kerana ia begitu kejam,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, suspek kini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini motif kejadian disebabkan suspek berang kerana dituduh mencuri barang dan menghisap dadah di dalam rumahnya, tiada motif lain.

“Mangsa juga tidak dikelar seperti yang tular di laman sosial sebaliknya hanya ditikam iaitu empat tikaman di muka dan satu tikaman di dada,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia