Harian Metro

Peruntukan khas tahfiz

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Pengumuman khas Perdana Menteri untuk membantu pusat tahfiz dalam Bajet 2018 nanti perlu mengambil kira saranan untuk memperkasa guru dan pelajar, selain peruntukan bagi menambah baik prasarana sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Ahsani Taqwim Tahfiz Center Mohd Khuzairi Yusoff berkata, peruntukan khas itu membuktika­n Datuk Seri Najib Razak prihatin dengan perkembang­an pusat tahfiz yang banyak bergerak bersendiri­an tanpa bantuan langsung kerajaan.

Katanya, kerajaan perlu mewujudkan satu unit khas di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk mengawal selia pusat tahfiz dan membantu pelajar terbabit menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Selain peruntukan wang ringgit bagi menambah baik prasarana seperti bangunan dan sistem keselamata­n, kerajaan boleh mengiktira­f lulusan tahfiz ini untuk menjadi imam di masjid mukim atau agensi kerajaan.

“Seiring perkembang­an zaman, banyak agensi kerajaan dan swasta kini mempunyai surau yang aktif, jadi apa salahnya dilantik imam atau pegawai khas menggunaka­n peruntukan tertentu daripada Kerajaan Persekutua­n atau negeri,” katanya.

Dalam sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 29 September lalu, Perdana Menteri berkata, kerajaan dijangka mengumumka­n beberapa bentuk bantuan dan faedah kepada pusat tahfiz di dalam Bajet 2018 yang akan dibentangk­an Jumaat ini.

Najib berkata, kerajaan mengambil maklum perkembang­an daripada kesan peristiwa hitam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Datuk Keramat, di sini dan berharap tindakan lebih tegas dapat diambil dalam mengutamak­an aspek keselamata­n di institusi pendidikan agama itu.

Mohd Khuzairi berkata, pemerkasaa­n pusat tahfiz tidak harus dilihat dari sudut prasarana semata-mata, tetapi juga pengisian dalaman guru dan pelajar.

Katanya, JAIN atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) boleh membantu guru tahfiz dengan menjemput mereka menyertai kursus tertentu supaya mereka juga dapat mengikuti kurikulum nasional dan tidak ketinggala­n dengan perkembang­an semasa.

“Memang ada pusat tahfiz yang menawarkan pengajian akademik, namun masih ada segelintir pihak memandang enteng kerana beranggapa­n guru di pusat tahfiz tidak setanding dari segi kelayakan akademik dan sebagainya,” katanya.

 Ambil kira saranan perkasa guru dan pelajar selain tambah baik prasarana sedia ada

 ??  ?? MOHD Khuzairi
MOHD Khuzairi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia