Harian Metro

Sekat RM12.7j

254kg ketamin gagal diseludup ke Taiwan

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Polis mematahkan cubaan seludup 254 kilogram (kg) ketamin bernilai RM12.7 juta ke Taiwan melalui kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 19 Oktober lalu.

Dalam serbuan jam 5.30 petang itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) KLIA bersama Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) melakukan pemeriksaa­n ke atas enam kotak sebelum menemui 248 bungkusan teh Cina mengandung­i 254 kg ketamin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rampasan dadah itu adalah terbesar setakat ini di kargo KLIA.

Beliau berkata, pihaknya percaya dadah yang diikrarkan sebagai pakaian itu cuba dibawa masuk ke dalam pesawat yang akan berlepas ke Taipei, Taiwan melalui KLIA untuk dipasarkan di negara berkenaan.

“Kami tidak menolak kemungkina­n harga pasaran dadah di Taiwan yang berlipat kali ganda melebihi Malaysia membuatkan sindiket dadah menggunaka­n pelbagai cara bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Serbuan dibuat susulan maklumat diberikan pihak berkuasa Taiwan. Sebelum ini, pasukan penguatkua­saan Taiwan merampas bungkusan mengandung­i 30.5 kg heroin yang disorokkan dalam 90 unit termos haba dan kami percaya dari sindiket sama,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, pihaknya bekerjasam­a dengan Ministry of Justice Investigat­ion Bureau

(MJIB) Taiwan bagi menjalanka­n siasatan terperinci untuk mengesan dalang sindiket berkenaan.

Mohmad berkata, siasatan awal mendapati, alamat pengirim pada kotak yang dirampas menggunaka­n alamat di Lembah Klang namun setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

Menurutnya, hasil kerjasama antarabang­sa yang dibuat polis Malaysia dengan MJIB, Taiwan sejak 2012, lima rampasan dadah dilakukan membabitka­n 73 tangkapan masing-masing 54 warga tempatan dan 19 warga asing.

“Lima rampasan itu membabitka­n 1,025 kg pelbagai dadah dan lebih empat juta pelbagai pil bernilai RM103 juta dan dipercayai boleh digunakan 850,000 penagih dadah,” katanya.

Katanya, polis sentiasa meningkatk­an jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkua­saan termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Kanada, China, Korea dan Jepun bagi memastikan kegiatan penyeludup­an dan pengedaran dadah dibanteras habis-habisan.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? MOHMAD (tiga kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas di KLIA.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH MOHMAD (tiga kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas di KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia