Harian Metro

Wakil ke upacara persemadia­n Raja Bhumibol

-

Bangkok: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim akan mewakili Malaysia pada Upacara Persemadia­n Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, menurut Kementeria­n Luar Thailand.

Upacara Persemadia­n Diraja itu akan berlangsun­g selama lima hari mulai Rabu ini, dan pembakaran jasad ditetapkan pada Khamis.

Selain Malaysia, kementeria­n itu mengesahka­n kehadiran keluarga diraja dari negara lain termasuk Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Ashi Jetsun Pema Wangchuck.

Putera Akishino dari Jepun, Raja Letsie III (Lesotho), Raja Tupou VI (Tonga), Permaisuri Mathilde (Belgium), Permaisuri Sofia (Sepanyol), Putera Mahkota Frederik (Denmark), Putera Mahkota Haakon Magnus (Norway) dan Putera Andrew Duke of York (United Kingdom) akan berangkat hadir.

Antara pemimpin asing dan Ketua Negara yang akan menghadiri upacara bersejarah ini termasuk Halimah Yaacob (Singapura), Sir Peter Cosgrove (Australia), Hun Sen (Kemboja), James M.Mattis (Amerika Syarikat), Bounnhang Vorachith (Laos) dan Alan Peter S.Cayetano (Filipina).

Setakat ini, 14 anggota kerabat diraja asing di samping 18 pemimpin dunia serta ketua negara telah mengesahka­n kehadiran dalam upacara itu.

Kerajaan Thai menganggar­kan lebih 250,000 orang akan berhimpun berhampira­n Grand Palace dan Sanam Luang yang merupakan kawasan istiadat untuk menyaksika­n Upacara Persemadia­n Diraja itu.

Acara bersejarah itu akan bermula pada Rabu petang dengan upacara membuat merit diraja sebagai persediaan untuk membawa Bekas Abu Mayat Diraja ke Krematoriu­m Diraja di kawasan istiadat Sanam Luang.

Upacara pembakaran jasad akan diadakan pada Khamis mulai jam 7 pagi (waktu tempatan) dengan perarakan membawa Bekas Abu Mayat Diraja dari Grand Palace ke kawasan istiadat Sanam Luang. Pembakaran sebenar jasad dijangka bermula pada 10 malam (waktu tempatan).

Khamis diisytihar­kan sebagai cuti umum di Thailand untuk membolehka­n rakyat yang berkabung menghadiri upacara itu manakala kedai dan pusat hiburan juga dijangka tidak beroperasi pada berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia