Harian Metro

Hati-hati pilih kawan

- DARI MUKA R23

Anggap dikaitkan dalam isu antara Mimi dan Shahir AF8 sekadar kebetulan

Kata Syamel, dia akui tidak selesa apabila namanya turut terpalit namun menganggap­nya sekadar kebetulan.

“Apabila isu terbabit turut mengheret nama saya, jujur ia tidak sedap didengar. Namun saya anggap ia hanya kebetulan.

“Saya tidak perlukan gosip sebegini untuk menaikkan nama dalam industri seni. Setakat ini, saya masih mampu menghasilk­an karya yang baik supaya peminat boleh melihat perkembang­an saya dalam industri.

“Seperti kata ibu, apa yang berlaku ini anggap saja sebagai virus yang akan berlalu pergi. Saya tidak mahu ambil pusing namun saya simpati dengan apa yang berlaku,” katanya.

Tambah Syamel, barangkali disebabkan tidak pernah memilih kawan membuatkan namanya turut terkait sama.

“Saya mudah percayakan orang dan suka berkawan. Namun saya tidak tahu sejauh mana keikhlasan mereka. Jadi selepas ini saya akan mengehadka­n pergaulan supaya lebih berjaga-jaga dan menjaga nama baik diri dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Syamel memberitah­u dia bakal ke Chengdu, China pada 29 Oktober ini sempena pertanding­an Festival Abu TV Song 2017.

“Alhamdulil­lah saya terpilih mewakili Malaysia dalam pertanding­an itu yang bakal berlangsun­g pada 1 November ini. Saya akan bersaing dengan 13 artis terbaik dari 13 negara. Saya akan nyanyikan lagu Lebih Sempurna dan akan belajar cakap Cina untuk menarik perhatian orang ramai di negara itu.

“Doakan semoga perjalanan saya di sana dipermudah­kan. Selepas AF Megastar, pertanding­an ini antara pencapaian terbesar saya sepanjang mencanai bakat sebagai penyanyi. Saya berharap kehadiran saya nanti dapat mengharumk­an nama Malaysia seperti Yuna dan Datuk Siti Nurhaliza,” katanya.

Menurut Syamel, usai pertanding­an itu tamat, dia mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk Semi Final Muzik Muzik.

“Lagu Lebih Sempurna berjaya masuk ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32. Jadi, saya kena buat yang terbaik agar lagu ini berjaya mara ke final Muzik Muzik 32,” katanya.

Tambah Syamel, selepas AF Megstar dia akan ‘berhenti’ menyertai pertanding­an nyanyian bagi memberi fokus terhadap kerjaya nyanyianny­a.

“Saya ambil setiap nasihat yang diberikan Datuk Ramly MS yang mengatakan saya tidak perlu menyertai pertanding­an nyanyian. Daripada kata-kata beliau itu, saya faham maksudnya iaitu saya perlu fokus untuk merencanak­an kerjaya dengan lebih baik.

“Saya perlu percaya dengan bakat yang dimiliki. Insya-Allah saya akan buat terbaik dan menghasilk­an karya yang melekat di jiwa,” katanya.

- Najiy Jefri

 ??  ?? Seperti kata ibu, apa yang
berlaku ini anggap saja sebagai virus yang akan berlalu pergi. Saya tidak mahu ambil pusing namun saya simpati dengan apa yang
berlaku
Seperti kata ibu, apa yang berlaku ini anggap saja sebagai virus yang akan berlalu pergi. Saya tidak mahu ambil pusing namun saya simpati dengan apa yang berlaku

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia