Harian Metro

KONSERT ROCK DALAM TAMAN

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Prime Domestic, XPDC bakal bergabung

dalam Konsert Public Distortion 2017

‘Never Too Late To Be A Rockstar’ inilah tema digunakan Prime Domestic yang akan berganding­an dengan band heavy metal terkenal, XPDC dalam Konsert Public Distortion 2017 pada 9 Disember ini.

Oasis Square yang terletak di tengah pusat komersial Oasis Damansara, Petaling Jaya yang boleh memuatkan 5,000 peminat menjadi pilihan untuk konsert ini.

Selama tiga jam, peminat yang hadir akan merasai gegaran daripada barisan pemuzik profesiona­l yang sememangny­a dikenali peminat dunia seni tempatan.

Prime Domestic yang diterajui Joe (gitar) menampilka­n Aweera sebagai penyanyi, Hillary Ang (gitar), Fauzi (bass) dan Ainoll (dram), manakala XPDC yang diterajui Izo (gitar) pula menampilka­n Ali sebagai penyanyi, Eddie (bass) dan Lola (dram) berjanji akan menampilka­n satu gegaran muzik hebat yang pasti akan dikenang peminat yang hadir.

Joe berkata, dengan keadaan persekitar­an lokasi yang dipilih, konsep persembaha­n yang ditampilka­n nanti bagaikan dalam taman.

“Di sini juga terdapat kolam renang, tetapi ia akan dikeringka­n bagi membolehka­n peminat untuk menonton serta memberikan maksud sebenar definasi ‘rock garden’.

“Terdapat juga ‘roof top’ yang boleh dijadikan tempat menonton dan saya melihat ia boleh mewujudkan suasana santai yang sesuai untuk sekeluarga. Mereka akan selamat kerana berada dalam pagar keselamata­n,” katanya.

Menurutnya, tiada siapa yang pernah memikirkan untuk menggunaka­n lokasi ini bagi penganjura­n konsert rock tetapi dia dan penganjur J&J Rochestra serta Life Scape mahu menukarnya menjadi ‘town of rock’.

Mengulas mengenai lagu yang bakal disampaika­n,

Joe berkata, Prime Domestic akan membawakan lagulagu daripada album sulung mereka yang berjudul Prima Domestika.

“Saya sebenarnya lebih suka merahsiaka­n lagulagu yang bakal dimainkan. Biarlah peminat hadir sendiri dan menikmati lagu di luar jangka yang dipilih.

“Yang pasti lagu ini tak akan membosanka­n peminat. Berkenaan lagulagu daripada Wings pula, saya tak perlu ulas pun perkara itu kerana semua peminat Wings tahu siapa yang gubah lagu-lagu dalam album mereka dan saya

Saya sebenarnya lebih suka merahsiaka­n lagu-lagu yang bakal dimainkan. Biarlah peminat hadir sendiri dan menikmati lagu diluar jangka yang dipilih

 ??  ?? PENGARAH J&J Rochestra Sdn. Bhd., Datuk Asyraf Abu Bakar (empat dari kiri) bersama anggota Prime Domestic dan XPDC pada sidang media yang berlangsun­g baru-baru ini.
PENGARAH J&J Rochestra Sdn. Bhd., Datuk Asyraf Abu Bakar (empat dari kiri) bersama anggota Prime Domestic dan XPDC pada sidang media yang berlangsun­g baru-baru ini.
 ??  ?? PRIME Domestic juga bakal membawakan lagu Search dan Wings.
PRIME Domestic juga bakal membawakan lagu Search dan Wings.
 ??  ?? PRIME Domestic (dari kiri) Joe, Ainoll, Fauzi, Aweera dan Hillary.
PRIME Domestic (dari kiri) Joe, Ainoll, Fauzi, Aweera dan Hillary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia