Harian Metro

GAMIT PENGGEMAR SUKAN LASAK

-

DARI MUKA N31

Puncak berkembar itu dikatakan ‘tanduk’ puteri naga yang menukarkan dirinya menjadi Pulau Tioman.

Selain menyerupai sepasang cula naga yang terbaring lena, Gunung Nenek Semukut juga dikenali dengan formasi wajah manusia yang ‘terukir’ pada puncaknya.

Imej bukit batunya itu menyerupai muka seorang lelaki yang lengkap dengan dahi, hidung, mulut dan dagu.

Berdiri pada ketinggian kira-kira 703 meter dari paras laut, puncak Nenek Semukut dan Batu Simau adalah batuan granit tertinggi dalam ukuran 90 darjah menegak di Malaysia dan tersenarai antara laluan pendakian paling sukar di rantau ini.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Kebudayaan dan Pelanconga­n Malaysia (MOTAC) Pahang, Datuk Idros Yahya berkata, bermula dari ‘check point’ sembilan setengah, hanya pendaki ekstrem atau

‘hard core climbers’ akan meneruskan misi sehingga ke ‘check point’ 10 iaitu di puncak Nenek Semukut yang memakan masa lima hari untuk mendaki dan menuruniny­a.

“Pendaki ‘gila-gila’ ini kebiasaann­ya akan bergerak dalam kumpulan kecil secara bersendiri­an atau menggunaka­n khidmat pemandu pelancong tempatan dengan kadar bayaran tertentu ditetapkan sebelum ekspedisi bermula.

“Apa yang penting dan wajib dilakukan adalah pendaki terlebih dulu perlu memaklumka­n kepada pengusaha bilik penginapan, chalet atau resort yang mereka sewa bagi tujuan keselamata­n,” katanya ketika ditemui sempena program Start in Tioman (SIT) 2017 anjuran Damai Tioman Resort, Kampung Genting, Pulau Tioman, baru-baru ini.

Idros berkata, walaupun laluan mendaki batuan granit sukar dan berbahaya, pendaki ekstrem tetap ‘berhajat’ melakukan misi itu walaupun terpaksa tidur dalam keadaan ‘tergantung’ dan di lokasi sedia ada sebelumnya.

Katanya, trek untuk memanjat bukit batu sampai ke puncak dan tali keselamata­n memang sudah disediakan dan pendaki hanya perlu melalui trek sama bagi tujuan itu.

“Pendaki juga akan bermalam di puncak bukit bagi merakam detik paling istimewa dalam hidup mereka dengan melihat keindahan sekeliling Pulau Tioman sebelum turun keesokan harinya.

“Kebanyakan pendaki adalah dari luar negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat selain pendaki tempatan. Kita menghargai usaha mereka menjejakka­n kaki di puncak Gunung Nenek Semukut yang penuh dengan legendanya yang tersendiri,” katanya.

Penulis pula tidak sanggup untuk membayangk­an bagaimana pendaki tidur dalam keadaan tergantung yang mungkin tidak jauh bezanya dengan cara keluang dan kelawar yang lazimnya tidur dalam keadaan seperti itu.

 ??  ?? IDROS menggunaka­n tali keselamata­n ketika memanjat bongkah batu ketika mendaki Gunung Nenek Semukut.
IDROS menggunaka­n tali keselamata­n ketika memanjat bongkah batu ketika mendaki Gunung Nenek Semukut.
 ??  ?? PESERTA ekspedisi merakam kenangan berlatarbe­lakang Gunung Nenek
Semukut.
PESERTA ekspedisi merakam kenangan berlatarbe­lakang Gunung Nenek Semukut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia