Harian Metro

Kejayaan homestay malaysia

-

Bercakap sebagai ahli panel pada forum ‘Face to face, Ministers and Private Sector CEOs’ bertajuk ‘Merangkul Kerjasama Serantau untuk Pertumbuha­n Kolektif’, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Siew Ka Wei berkongsi mengenai kisah kejayaan Homestay Malaysia.

Program Homestay dibentuk pada tahun

1995 dan masih wujud sehingga ke hari ini sebagai contoh utama bagaimana kerajaan dan masyarakat serta sektor swasta dapat bekerjasam­a dalam jangka panjang menuju masa depan ekonomi dan sosial yang memberi manfaat kepada semua.

Malah, program ini juga berjaya sehingga pada 2012, ia menerima Anugerah UNWTO Ulysses untuk Innovation in Public Policy and Governance.

Dr Siew berkata, salah satu inisiatif perkongsia­n awam-swasta yang paling berjaya di Malaysia adalah Program Homestay Malaysia.

“Program ini memberi penekanan kepada penggunaan sumber kampung yang ada, pemulihara­an dan penyelengg­araan kebiasaan sosiokultu­ral dan artistik kampung selain pengalaman menyoroti keunikan kehidupan desa Malaysia.

“Ia juga adalah inisiatif yang ditubuhkan untuk membolehka­n keluarga yang tinggal di pinggir bandar dan kampung tradisiona­l mengambil bahagian, sekali gus mendapat manfaat daripada aktiviti ekonomi pelanconga­n.

Program Homestay ini dijalankan dengan kerjasama Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan wilayah, kerajaan negeri masing-masing dan Persatuan Homestay Malaysia.

Kampung yang menyertai program ini dipilih dengan teliti dan perlu mematuhi garis panduan ketat yang ditetapkan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

Latihan turut disediakan dan piawaian ditetapkan bagi kampung yang terbabit untuk mempersiap­kan diri menerima pelancong pertama di rumah mereka.

“Bagi penduduk kampung, program homestay menyediaka­n sumber pendapatan tambahan kepada tuan rumah dan penginapan alternatif yang murah kepada pelancong.

“Di samping latihan perkhidmat­an hospitalit­i, mereka juga dipersiapk­an dengan peluang keusahawan­an melalui pengeluara­n dan penjualan produk tempatan serta kraf tangan yang memberikan nilai tambah kepada pengalaman homestay bagi pelancong,” katanya.

Tambah Dr Siew lagi, program ini secara tidak langsung membantu menjadikan industri pelanconga­n sebagai sektor utama dan berdaya maju selain menjadi penyumbang kepada pembanguna­n sosioekono­mi penduduk tempatan dan negara.

“Ia juga salah satu contoh utama pelanconga­n mampan Malaysia yang terbaik,” katanya.

Sehingga kini, terdapat 201 kelompok homestay atau kampung yang memberikan pelbagai pengalaman unik suasana desa di setiap negeri di seluruh negara. - Suliati Asri

 ?? FOTO ?? PELBAGAI aktiviti kampung ditawarkan saat menginap di homestay.
FOTO PELBAGAI aktiviti kampung ditawarkan saat menginap di homestay.
 ??  ?? PROGRAM Homestay Malaysia
mendapat ulasan positif di Forum Ekonomi Pelanconga­n Global.
PROGRAM Homestay Malaysia mendapat ulasan positif di Forum Ekonomi Pelanconga­n Global.
 ??  ?? SUASANA desa yang permai memberikan pengalaman mengujakan.
SUASANA desa yang permai memberikan pengalaman mengujakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia