Harian Metro

Negeri penuh sejarah

-

Selangor dengan pelbagai tarikan sesuai dikunjungi

pelancong

Berikut beberapa lokasi di Selangor yang menarik untuk dikunjungi dan pastinya ada keunikan tersendiri.

Pulau Perkampung­an di Port Klang

Dikeliling­i air laut yang kaya dengan hasil dasar lautnya, Pulau Ketam menawarkan percutian hujung minggu yang popular untuk pengunjung.

Berkunjung ke perkampung­an ini, anda berpeluang melihat sendiri keunikan kampung dengan rumah di atas air dan daratan, penternaka­n ikan dan makanan laut yang segar.

Kepelbagai­an aktiviti termasuk memberi makan burung helang, merasai sendiri kesibukan aktiviti masyarakat­nya serta menikmati suasana indah matahari terbenam di Pulau Ketam juga tidak mengecewak­an.

Bercuti sambil melihat perkampung­an nelayan yang asli, menaiki bot ke Kampung Sungai Lima dan pemandu pelancongn­ya adalah ketua kampung sendiri pasti memberikan pengalaman menarik untuk dikenang.

Bandar Diraja, bandar terpencil

Klang adalah salah satu bandar tertua di Malaysia sejak abad ke-15.

Untuk mengetahui cerita menarik dan keunikan yang terdapat di Bandar Diraja itu, mengikuti lawatan berjalan percuma yang diadakan setiap hari pasti mengujakan.

Inginkan lokasi menarik untuk berehat sambil menikmati keindahan dan melawat beberapa bandar yang kurang dikenali tidak mengecewak­an. Batang Kali yang terkenal dengan mata air panas, bunga orkid, buah jambu dan mi loh pasti memberikan kedamaian buat anda.

Kira-kira 20 minit dari Batang Kali, bandar Kuala Kubu Bharu menyimpan cerita rakyat yang penuh misteri. Mandi-manda dan menikmati kehijauan alam semula jadi di

Sungai Chiling juga cukup menyegarka­n.

Keindahan alam semula jadi di Kuala Selangor

Kuala Selangor ada tarikan tersendiri. Di daerah itu, mercu tanda sejarah dan penempatan untuk monyet daun perak, Bukit Melawati menanti dengan keunikan tersendiri.

Dari puncak bukit itu, pemandanga­n indah yang disajikan juga tidak pernah mengecewak­an.

Begitu juga saat menyaksika­n panorama indah sawah padi di Sekinchan atau menghabisk­an masa beriadah di Pantai

Redang. Kemudian, pada waktu malam, pelancong berpeluang melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan yang bagaikan penutup kunjungan ke Kuala Selangor yang penuh dengan kenangan terindah.

Pengembara­an di Selangor

Bagi yang cintakan aktiviti ekstrem atau pengembara­an, Selangor nyata tidak mengecewak­an. Memanjat 272 anak tangga ke kuil Gua Batu Caves pasti memberikan satu pengalaman yang unik.

Bukan hanya sekadar mendaki anak tangga, ia memberikan satu pengalaman yang berbeza dengan dinding batu kapur yang mempesona.

Penggemar aktiviti lasak juga boleh memilih untuk melakukan Paraglidin­g di Bukit Jugra atau berakit dengan rakan-rakan di sepanjang Sungai Selangor.

Berbasikal di Selangor juga pastinya menarik dengan pelbagai program yang dijalankan termasuk menyertai lawatan berbasikal ke paya bakau dan kampung yang mendamaika­n di Kampung Sungai Janggut.

Komuniti tersembuny­i

Mah Meri adalah suku Orang Asli dengan kepercayaa­n dan tradisi mereka tersendiri. Mengunjung­i suku Orang Asli ini, anda boleh mengambil bahagian dalam bengkel interaktif di Kampung Budaya di Pulau Carey atau di Pantai Jengkok.

Keunikan dan kehalusan kerja seni serta kehidupan mereka yang unik pasti memberikan satu pengalaman mengujakan.

Selain Orang Asli ini, anda juga berpeluang berjumpa dan samasama melihat kehidupan masyarakat kusta yang hampir dilupakan. Lembah Harapan di Sungai Buloh membawa pengunjung sama-sama mendengar kisah hidup mereka selain melihat sendiri kehidupan komuniti tersembuny­i ini. - Suliati Asri

 ??  ?? PANORAMA indah
sawah padi di Sekinchan.
PANORAMA indah sawah padi di Sekinchan.
 ??  ?? BUKIT Melawati menyimpan sejarah lebih 100 tahun yang menarik
untuk diterokai.
BUKIT Melawati menyimpan sejarah lebih 100 tahun yang menarik untuk diterokai.
 ??  ?? BERBASIKAL di kampung yang permai memberikan kedamaian buat
si pengayuh.
BERBASIKAL di kampung yang permai memberikan kedamaian buat si pengayuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia