Harian Metro

GUNUNG LANG nan menghijau

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Tiupan angin lembut mendamaika­n jiwa pengunjung ketika menjejak

kaki ke kawasan tasik

Merehatkan minda dengan melihat pemandanga­n menghijau ditambah dengan udara yang segar cukup mendamaika­n.

Angin sepoi-sepoi yang bertiup lembut bagaikan membawa bersama kekusutan yang dirasai. Keindahan landskap dan tasik yang terbentang luas dan dipenuhi pelbagai jenis ikan juga menambahka­n keterujaan.

Itulah yang pastinya dirasai saat berkunjung ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak.

Terletak di utara pusat bandar raya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbe­lakangkan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.

Dibangunka­n berkonsepk­an pelanconga­n eko yang meminimumk­an pembanguna­n infrastruk­tur bagi mengekalka­n keunikan flora dan faunanya yang cantik, taman rekreasi nyata memberikan keterujaan buat pengunjung yang datang.

Taman ini dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar.

Terasa damai saat menikmati keindahan alam semula jadi dan bukit batu kapur dengan menaiki bot mengelilin­gi tasik.

Selain menaiki bot, pengunjung juga boleh menghayati keindahan landskap dengan mengikuti laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruha­n taman yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk wakaf terapung, rumah tradisi DINOSAURS ALIVE IN KUALA LUMPUR

Tarikh: 14 Julai - 14 Januari 2018 Tempat: MaTiC Lanai (Malaysia Tourism Centre), Kuala Lumpur Penganjur: The Creative Alliance Exhibition­s

Laman web: www.dinosaursa­live. asia

JALAN MERDEKA - TRAVERSING THE ROUTES TOWARDS INDEPENDEN­CE

Tarikh: 1 September - 31 Oktober Masa: 8 pagi hingga 8 malam (setiap hari)

Tempat: Carcosa and Seri Negara Mansions, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Penganjur: Asian Heritage Museum

TRADITIONA­L ARTS SHOWCASE TRADITIONA­L THEATER JIKEY Tarikh: 27 - 28 Oktober

Tempat: Malaysia Tourism Centre (MaTIC) Kuala Lumpur

Penganjur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Tel: +6 03 2697 0852

Laman web: http://www.jkkn.gov. my

SHELL MALAYSIA MOTORCYCLE GRAND PRIX 2017

Tarikh: 27 - 29 Oktober

Tempat: Sepang Internatio­nal Circuit, Sepang, Selangor

Laman web: www.sepangcirc­uit.com

27TH BORNEO SAFARI INTERNATIO­NAL OFF-ROAD CHALLENGE

Tarikh: 29 Oktober - 5 November Tempat: Sabah Tourism Board Frontage

Penganjur: Sabah Four Wheel Drive Associatio­n

Tel: +6014 850 3456

1MALAYSIA YEAR END SALE 2017 Tarikh: 1 November - 31 Disember Tempat: Seluruh Malaysia Perak dan menara pandang jauh.

Menariknya, anda juga boleh melihat pelbagai spesies heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainbil­lea (bunga kertas). Kebanyakan spesies bunga ini sukar didapati dan hanya tumbuh meliar di tengah hutan di luar negara.

Bagi yang datang bersama si kecil, taman ini turut menyediaka­n taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemaha­n.

Kawasan rekreasi

Gunung Lang ini memiliki pelbagai keistimewa­an lain antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti memancing, mendaki bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi.

Justeru, bagi anda yang mencari destinasi menarik pada hujung minggu yang mendamaika­n,

Taman Rekreasi Gunung Lang pastinya tidak akan mengecewak­an anda.

Penganjur: Shopping Secretaria­t Malaysia, Domestic Promotion Division, Malaysia Tourism Promotion Board

Tel: +603 8891 8000

Laman web: http://www. missshophi­a.com/

SAMBUTAN DEEPAVALI

Tarikh: 4 November

Tempat: Ladang Info Ternak, Sungai Siput, Perak

Penganjur: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia

Tel: +603-8000 8000

Laman web: http://www.motour.gov. my/

MALAYSIA URBAN RETREAT FESTIVAL | MURFEST 2017

Tarikh: 3 - 5 November

Tempat: Le Meridien Putrajaya & IOI Resort City Putrajaya

Penganjur: MURFEST (M) SDN BHD Tel: +6032287007­9

Laman web: http://murfest.com/

 ??  ?? TAMAN Rekreasi Gunung Lang menanti mengunjung dengan keunikan tersendiri.
TAMAN Rekreasi Gunung Lang menanti mengunjung dengan keunikan tersendiri.
 ??  ?? SUASANA menghijau yang disajikan di Taman Rekreasi Gunung Lang mempesonak­an.
SUASANA menghijau yang disajikan di Taman Rekreasi Gunung Lang mempesonak­an.
 ??  ?? MENAIKI bot mengelilin­gi tasik buatan sambil menikmati kehijauan bukit batu kapur cukup mendamaika­n.
MENAIKI bot mengelilin­gi tasik buatan sambil menikmati kehijauan bukit batu kapur cukup mendamaika­n.
 ??  ?? JUALAN Akhir tahun 1Malaysia menanti dengan
pelbagai promosi hebat.
JUALAN Akhir tahun 1Malaysia menanti dengan pelbagai promosi hebat.
 ??  ?? SAMBUTAN Hari Deepavali yang penuh warna-warni cukup meriah.
SAMBUTAN Hari Deepavali yang penuh warna-warni cukup meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia