Harian Metro

TAOYAN bandar MESRA MUSLIM

-

memastikan pengurus mengenali budaya dan cara hidup Islam serta memperoleh persijilan mesra Muslim yang relevan.

“Inisiatif ini diambil bagi mewujudkan suatu persekitar­an mesra Muslim yang sesuai untuk percutian seisi keluarga dan terus menarik tumpuan lebih ramai pengunjung,” katanya.

Biro Pelanconga­n Bandar Taoyuan bekerjasam­a dengan Global Alliance Travel Services Sdn Bhd membawa 300 peserta rombongan 6 hari/5 malam bagi pelancong Islam ke pelbagai destinasi menarik seperti Lorong Lama Daxi, Muzium Kek dan Pastri

Kuo Yuan Ye, Taman Tema Window on China dan lainlain.

Di samping itu, mereka akan menginap di Hotel Chuto Plaza dan Hotel Galaxy yang menawarkan perkhidmat­an mesra kepada pengunjung Islam.

Kerajaan Bandar Taoyuan juga menyediaka­n pakej sajian Islam dan sejadah Hotel Orchard Park kepada pengunjung Islam agar mereka dapat merasai ketenangan dan keselesaan sepanjang lawatan mereka.

Pakej percutian yang ditawarkan ini menyasarka­n pasaran pelancong musim cuti sekolah pada bulan November yang sudah mula ditawarkan di Pameran

Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (Matta Fair) yang diadakan September lalu.

Percutian di Taoyuan juga menjadi lebih mudah dengan adanya kemudahan lapangan terbang, tren dan ‘Senang Je Jalan-jalan di Taiwan’ dengan kerjasama Kerajaan Bandar Taoyuan dan China Airlines.

Selain itu, kerajaan bandar Taoyuan juga memberikan tawaran hebat termasukla­h menghadiah­kan Pas Metro, Pas ‘Senang Je Jalan-jalan di Taiwan’ Satu Hari bagi Laluan Cihu - Wulai, Kupon Eksklusif Lawatan ke Kilang Taoyuan dan banyak lagi kepada pelancong yang membeli pakej itu.

Tawaran ini dibuat agar pelancong tidak perlu bimbang mengenai isu pengangkut­an dan dapat menikmati keseronoka­n melancong dengan menggunaka­n pas untuk menaiki pengangkut­an perantara yang sedia ada.

Pelancong juga dapat menikmati makanan enak dan percutian dengan tema berbeza serta menyeronok­kan yang ditawarkan di Taoyuan.

Pada masa sama, nikmatilah pemandanga­n bandar Taoyuan yang indah.

 ??  ?? SHENG-PING (9 dari kiri), Pengarah Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Wu Tsung-Lin (7 dari kiri) dan rombongan Biro Pelanconga­n Bandar Taoyuan bergambar kenangan di depan Wisma Apple.
SHENG-PING (9 dari kiri), Pengarah Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Wu Tsung-Lin (7 dari kiri) dan rombongan Biro Pelanconga­n Bandar Taoyuan bergambar kenangan di depan Wisma Apple.
 ??  ?? SHENG-PING memberi ucapan pembukaan pada majlis promosi pelanconga­n dan majlis makan
malam yang dianjurkan kerajaan bandar Taoyuan,
Taiwan di Hotel Istana.
SHENG-PING memberi ucapan pembukaan pada majlis promosi pelanconga­n dan majlis makan malam yang dianjurkan kerajaan bandar Taoyuan, Taiwan di Hotel Istana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia