Harian Metro

TAUKE MUDA RAIH RM16.7J

-

Pada April 2016, Makaela melancarka­n perkhidmat­an ʽFree the Fresherʼ yang menyalurka­n semua keperluan asas penuntut universiti dan dihantar terus ke pintu kediaman mereka.

Perkhidmat­an menerusi langganan itu menghantar tiga kotak keperluan asas kepada penuntut seperti keperluan alat tulis, peralatan dan kelengkapa­n dapur serta barangan untuk bilik tidur.

Menawarkan beberapa pakej berbeza bermula

RM278 (£50) dan RM417 (£75), penuntut cuma perlu membayar sekali untuk setahun dan bukan sekadar menerima tiga kotak keperluan asas tapi juga promosi serta potongan eksklusif untuk beberapa jenama terkemuka seperti Nandoʼs, Amazon dan ASOS.

Inisiatif dan usaha Makaela untuk membantu memudahkan serta menjimatka­n perbelanja­an penuntut universiti ternyata membuahkan hasil dan menerima maklum balas positif apabila menerima lebih 3,000 langganan selepas dua bulan pakej itu dilancarka­n.

Pada penghujung 2016, Free the Fresher mempunyai 10,600 ahli dan kini ia mencatatka­n sehingga 67,000 ahli yang terdiri daripada penuntut universiti sekitar UK.

Menurut Makaela, perniagaan­nya itu bermula dengan modal kecil yang dikumpul hasil kerja yang dilakukan ketika cuti musim panas.

Bagi mendapatka­n modal permulaan sebanyak RM33,417 (£6,000), Makaela

Makaela Richardson manfaatkan minat dalam

perniagaan walaupun masih belajar

bekerja di jabatan sumber manusia di sebuah pejabat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan menjadi pelayan restoran bermula jam 5 petang hingga 1 pagi.

Kini, syarikat

Makaela bukan saja menghasilk­an keuntungan memberangs­angkan, dia turut berjaya mengupah lima kakitangan.

Dengan perolehan dijangka sekitar RM16.7 juta (£3 juta) pada tahun ini, Makaela merancang untuk membesarka­n pasaran Free the Fresher.

Makaela ingin menguasai 80 peratus pasaran di seluruh UK untuk beberapa tahun akan datang selain menembusi pasaran global dan menawarkan perkhidmat­an sama kepada penuntut universiti di seluruh dunia.

Usaha dan kejayaan Makaela bukan saja membuktika­n usia bukan penghalang untuk berjaya, malah status sebagai penuntut tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak memulakan perniagaan sendiri.

 ??  ?? MAKAELA
MAKAELA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia