Harian Metro

Cantiknya ibu!

- Siti Zarinah sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Mary Kay hargai ibu tunggal dengan solekan menawan

Mereka melalui pengalaman penuh getir apabila terpaksa membesarka­n anak tanpa suami di sisi. Berbekalka­n semangat dengan kudrat seorang diri, kebanyakan ibu tunggal terpaksa melupakan seketika kepentinga­n diri demi memastikan anak hidup dalam keadaan sempurna fizikal dan mental.

Justeru, apabila barisan Perunding Kecantikan Bebas, Mary Kay mengadakan program tranformas­i diri kepada 10 ibu tunggal, ia cukup mengujakan dan menjadi pengalaman berharga. Mana tidaknya jika sebelum ini produk solekan berada di tempat terakhir dalam senarai barangan keperluan tetapi apabila diberikan peluang wajah ditatarias oleh jurusolek

Mary Kay, ia memberikan kegembiraa­n yang sukar digambarka­n.

Tatkala jurusolek menyapu bedak, melayangka­n pembayang mata dan celak, senyuman manis jelas terpancar di wajah mereka. Mungkin ini kali pertama wajah dibelai dan didandan cantik perunding solekan.

Menurut Pengurus

Besar Mary Kay Malaysia & Singapura, Khor Lee

Fan, sejak lebih 50 tahun lalu, Mary Kay Inc memberi komitmen untuk memperkasa wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia. Antara program yang diadakan adalah perubahan gaya diri menerusi sesi solekan bersama ibu tunggal.

“Kelas transforma­si diri anjuran Mary Kay ini menjadi pengalaman yang cukup memberangs­angkan bagi ibu tunggal kerana selama ini mereka melalui liku kehidupan penuh onak dan duri demi membesarka­n anak-anak. Ada antara mereka langsung tiada masa memikirkan penampilan diri. Cukup sekadar memakai apa yang ada,” katanya.

Acara ini dikendalik­an Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay bersama HOPE Malaysia Worldwide yang menyasarka­n ibu tunggal. Ia pernah diadakan pada tahun lalu dan kempen ini membabitka­n andaman daripada hujung rambut hingga hujung jari kaki serta pemberian baucar membelibel­ah. Ketika ibu didandan cantik, anak kesayangan mereka turut menyaksika­n acara ini yang memberikan rasa bangga dalam diri setiap orang.

Menerusi gagasan Pink Changing Lives: Beauty That Counts, ia berjaya meraih RM30,000 melalui jualan kebajikan Giving Heart Cheek Powder. Hasil jualan ini kemudianny­a disalurkan kepada HOPE Worldwide Malaysia bagi menambah baik kehidupan wanita dan kanak-kanak yang benarbenar memerlukan.

“Menerusi kempen Mary Kay Pink Changing Lives, kami berasa sangat gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada ibu tunggal. Melihat senyuman manis yang terukir pada wajah ibu tunggal dan anak kesayangan mereka, ia memberikan kepuasan. Saya berharap pengalaman yang diberi dan disalurkan ini dapat membantu dalam memperkasa wanita hebat ini serta mengingatk­an mereka betapa pentingnya memelihara kecantikan dan nilai diri,” kata Lee Fan.

Selain itu, program seumpama ini juga dapat menyemai tanggungja­wab agar memberikan kebahagiaa­n kepada insan lain selaras falsafah Mary Kay iaitu memberikan kegembiraa­n kepada orang lain. Falsafah ini diteruskan dalam setiap program diadakan dan menjadi tonggak jenama berkenaan.

 ??  ?? PERUNDING kecantikan Mary Kay bergambar kenangan dengan ibu tunggal selepas sesi solekan.
PERUNDING kecantikan Mary Kay bergambar kenangan dengan ibu tunggal selepas sesi solekan.
 ??  ?? PERUNDING kecantikan bebas Mary Kay tekun menyolek ibu tunggal.
PERUNDING kecantikan bebas Mary Kay tekun menyolek ibu tunggal.
 ??  ?? CHRISTINA Shyamala (tengah) bergambar bersama anak perempuann­ya dan perunding kecantikan Mary Kay yang menyolek wajahnya.
CHRISTINA Shyamala (tengah) bergambar bersama anak perempuann­ya dan perunding kecantikan Mary Kay yang menyolek wajahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia