Harian Metro

Berjuang untuk terus sihat

-

jatuh semula. Saya pernah cuba berjalan tetapi dalam gerakan perlahan dan memerlukan bantuan orang lain,” katanya yang menggunaka­n kerusi roda separuh masa pada usia 10 tahun.

Namun penyakit Ainaa semakin berkembang sehingga lama-kelamaan dia tidak mampu melangkah atau berdiri dan pada usia 12 tahun dan terpaksa bergantung pada kerusi roda sepenuhnya.

“Pergerakan leher saya juga terganggu selain mengalami masalah pernafasan. Saya juga perlu mengunyah perlahanla­han kerana memerlukan masa untuk mencerna dan menelan makanan. Stamina saya terhad untuk melakukan banyak perkara. Sebagai contoh, saya tidak boleh duduk terlalu lama dan perlu memakai pendakap badan untuk menyokong tulang belakang,” katanya.

Bukan Ainaa saja menghidap SMA malah adik perempuann­ya juga turut menanggung penyakit yang sama dan meninggal dunia empat tahun lalu.

“Ketiadaan adik memang sangat terasa. Saya bukan saja kehilangan insan tersayang tetapi juga sahabat baik. Saya menyaksika­n kesedihan ibu dan ayah. Kerana itu, saya berdoa supaya sentiasa diberi kesihatan. Saya tidak mahu mereka bimbang dan sedih. Inilah sebabnya saya perlu berjuang untuk terus sihat,” katanya.

BANGGA MEMILIKI IJAZAH

Walaupun pada zahirnya Ainaa dikategori­kan dalam golongan orang kurang upaya (OKU) namun jiwanya sama seperti remaja normal yang lain. Semangatny­a kental untuk mencapai apa yang diinginkan.

“Saya belajar di sekolah arus perdana bermula dari sekolah rendah, menengah dan kolej. Untuk itu saya menyertai semua aktiviti yang diberikan guru termasuk mengambil bahagian dalam tugasan berkumpula­n. Kemudian saya melanjutka­n pengajian di Kolej Universiti First City, Bandar Utama, Selangor dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik,” ujarnya.

Memiliki bakat dalam bidang seni terutama reka bentuk, warna, fotografi, coretan, kraf dan lukisan semuanya memberikan semangat dan kepuasan kepada Ainaa. Jelasnya bakat seni yang dimiliki sejak kecil ini digunakan sepenuhnya sebagai satu cara meluahkan apa yang terbuku di hati.

“Saya seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam. Jika tidak melukis atau menghasilk­an rekaan di kertas, saya mengisi hari bersama keluarga. Biasanya kami akan melancong dan mencuba makanan baru,” katanya yang berazam memiliki studio rekaan sendiri dan bergelar usahawan berjaya.

Bagi Ainaa apa yang diimpikan ini tidak mustahil berlaku. Apa yang penting dia perlu bekerja keras mencapai apa yang diinginkan. Biarpun mempunyai stamina yang terhad untuk melakukan banyak perkara, namun menerusi kekuatan yang dimilikiny­a ini Ainaa yakin dia dapat memberikan sesuatu kepada masyarakat.

“Sebagai pesakit SMA banyak perkara yang perlu dipertimba­ngkan. Sebagai contoh, saya tidak boleh duduk terlalu lama kerana skoliosis. Saya juga perlu memakai pendakap badan untuk menyokong tulang belakang. Malah, saya tidak dapat mengangkat barang berat. Pada masa sama, saya juga mudah dijangkiti virus. Oleh itu, ibu bapa sentiasa memastikan saya dilindungi,” jelasnya.

CONTENG BY AINAA

Memiliki jenama Conteng by Ainaa, jelasnya idea ini lahir ketika tahun akhir pengajian ijazah apabila dia diberi kebebasan memilih tajuk sendiri. Inginkan produk yang dihasilkan sendiri lantas gadis ini menggunaka­n label Conteng By Ainaa untuk memasarkan produknya.

Menerusi laman sosial Facebook dan Instagram, Ainaa berkarya dengan menghasilk­an beberapa kerja seni seperti buku skrap, lukisan pada kaca dan seni quilling secara suka-suka. Tidak sangka ia mendapat sambutan daripada rakan dan keluarga.

“Saya baru di peringkat permulaan. Produk yang saya keluarkan buat masa ini adalah dalam kuantiti kecil. Pasaran pula bergantung kepada permintaan. Saya juga melukis di beg kain yang bermula apabila seorang sahabat meminta saya melukis di begnya. Hasil lukisan itu menarik minat ramai sehingga ada yang menempah untuk dijadikan cenderahat­i,” katanya yang bercadang ingin mengambil tempahan secara sepenuh masa.

Pergerakan yang terhad

 ??  ?? AINAA menunjukka­n beg yang dihasilkan­nya pada program #ThisAbilit­y Makeathon 2017 di Petrosains, baru-baru ini.
AINAA menunjukka­n beg yang dihasilkan­nya pada program #ThisAbilit­y Makeathon 2017 di Petrosains, baru-baru ini.
 ??  ?? AINAA berkongsi pengalaman dan cabaran dengan peserta yang lain.
AINAA berkongsi pengalaman dan cabaran dengan peserta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia