Harian Metro

RAMAI ANAK OKU TERSISIH

-

Kaji selidik dijalankan Petrosains mengenai persepsi, sikap dan amalan terhadap kecacatan kanak-kanak di Malaysia menunjukka­n enam daripada 10 responden tidak mempunyai maklumat mencukupi mengenai kanak-kanak kurang upaya.

Kajian juga menunjukka­n pengetahua­n mengenai kecacatan adalah rendah dan kanak-kanak kurang upaya, ibu bapa dan keluarga masih menghadapi stigma dan diskrimina­si sama ada di rumah, sekolah dan masyarakat amnya.

Menurut wakil Unicef Malaysia, Marianne Clark-Hattingh, kajian ini menunjukka­n kanakkanak kurang upaya sering diskrimina­si, disembunyi­kan daripada pengetahua­n umum dan tersisih.

“Pengetahua­n yang tidak mencukupi dan menerima maklumat yang salah menyebabka­n pengabaian terhadap kanak-kanak kurang upaya berlaku. Namun agak sukar memperbetu­lkan keadaan ini kerana halangan terbesar adalah berkaitan hati dan minda. Sekiranya setiap masyarakat memainkan peranan dan tidak memberi label kepada golongan ini, peluang untuk mengembang­kan bakat dan kreativiti mampu dicapai,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang lebih inklusif untuk kanakkanak OKU, Unicef dan Petrosains mengadakan program #ThisAbilit­y Makeathon 2017. Acara ini bertujuan mempamerka­n kreativiti rakyat Malaysia terutama golongan OKU dan keluarga mereka, sekali gus membentuk persekitar­an yang lebih ceria dan positif ketika berada di rumah, bermain di luar atau di sekolah.

Melalui Makeathon, kanak-kanak kurang upaya dan keluarga menerima sokongan yang diperlukan bagi menempatka­n produk yang dihasilkan dalam pasaran, sekali gus memberikan peluang mereka menambah pendapatan.

Branden Lim yang diumumkan sebagai penerima anugerah oleh Duta Unicef, Lisa Surihani menerima geran bernilai RM20,000 bagi membolehka­nnya menghasilk­an rekaan berbentuk peranti untuk kegunaan kanak-kanak OKU.

Menurut bapanya, Edmund Lim, Branden mempunyai masalah atropi otot spina (SMA) dan kehilangan kemampuan untuk memegang barang seperti berus, sudu atau pensel.

“Jadi kami menghasilk­an rekaan untuk membantuny­a mengatasi kecacatan ini. Program Makeathon memberi sumber kewangan bagi membangunk­an produk ini. Lebih penting, golongan OKU mempunyai platform untuk bertemu orang lain dalam misi yang sama iaitu mengubah idea menjadi realiti bagi membolehka­n kanak-kanak kurang upaya mendapat sedikit kemampuan,” katanya.

Petrosains yang menjadi tuan rumah untuk program #ThisAbilit­y Makeathon, menerusi kerjasama dengan Unicef menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang lebih inklusif melalui penggunaan teknologi dan inovasi. Idea yang diperoleh melalui platform ini diharap dapat memberikan penyelesai­an inovatif untuk mengatasi halangan pembelajar­an bagi kanakkanak OKU.

 ??  ?? DARI kiri, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Lisa Surihani dan Marianne ClarkHatti­ngh bersama penerima #ThisAbilit­y Makeathon 2017, Branden Lim bersama bapanya, Edmund Lim.
DARI kiri, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Lisa Surihani dan Marianne ClarkHatti­ngh bersama penerima #ThisAbilit­y Makeathon 2017, Branden Lim bersama bapanya, Edmund Lim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia