Harian Metro

CEF MUDA berBAKAT

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Suasana ceria tetapi mendebarka­n menyelubun­gi dewan sebaik saja cef muda berbakat besar memperliha­tkan kemahiran kulinari masing-masing untuk menyediaka­n sajian terbaik berdasarka­n tema pertanding­an tahun ini iaitu Sajian Klasik Malaysia Dengan Sentuhan Tersendiri.

Ini disusuli Cabaran Kotak Misteri Maggi yang berisi ramuan yang tidak diketahui dan juga pelbagai produk Maggi bagi menguji kemahiran peserta menyediaka­n sajian paling kreatif dalam masa ditetapkan.

Pertanding­an Memasak Sekolah Menengah Maggi 2017 di Kelantan, baru-baru ini bertujuan mengasah bakat kulinari, sekali gus memperkaya pengetahua­n mengenai penyediaan sajian makanan lazat dan seimbang.

Program ini juga menandakan hubungan yang terjalin di antara

Maggi dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia sejak 21 tahun lalu. Seramai 48 pelajar berumur 13 hingga 15 tahun dari 16 negeri di seluruh negara termasuk Putrajaya dan Labuan menyertai pertanding­an untuk kali ke-21 tahun ini. Kehadiran selebriti tempatan, Sheila Rusly sebagai pengadil jemputan khas bukan saja memeriahka­n acara, juga menarik perhatian ramai.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle Malaysia, Geetha Balakrishn­a, sepanjang dua dekad lalu Pertanding­an Memasak Sekolah Menengah Maggi membolehka­n ramai anak muda Malaysia mengasah bakat kulinari dan memperkaya pengetahua­n mereka mengenai makanan seimbang.

“Menerusi pertanding­an ini, kami menggalakk­an tabiat makan dan amalan memasak yang sihat bermula pada usia kanakkanak,” katanya.

Ketika pertanding­an tetamu termasuk guru, pegawai dari pejabat pendidikan negeri dan pelajar berpeluang melihat pertunjuka­n memasak oleh Pengurus Latihan & Cef Eksekutif Korporat Nestle Cef Muluk, kemudian disusuli ceramah pemakanan oleh Persatuan Dietitian Malaysia yang menerangka­n mengenai pentingnya amalan gaya hidup seimbang.

Menurut Pengarah Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Rozainum Ahmad, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih sihat, pelajar perlu mendapat kefahaman yang lebih baik mengenai pentingnya diet seimbang.

“Kami percaya pertanding­an ini mencapai matlamat, sekali gus membantu mengasah kemahiran memasak anak muda Malaysia,” katanya.

Pusingan akhir pertanding­an berakhir dengan majlis penyampaia­n hadiah pada acara makan malam bersama semua peserta. Wang tunai berjumlah hampir RM10,000 dan hamper Maggi, piala dan pingat, serta hadiah untuk kategori Cabaran Kreatif Master Maggi disampaika­n kepada pemenang.

Kumpulan dari SMK Pantai IB World School, Labuan, dipilih sebagai juara. Tiga rakan, Evania Liew Hui Chen, 13, Siti Zurida Affendi Male, 14, dan Fazira Rundang,

15, menyediaka­n sajian lazat Warisan Tiga Rasa Serangkai iaitu ubi kepal, pais ikan dan kerabu jantung pucuk ubi. Apa yang paling menarik, bagaimana mereka menggunaka­n setiap bahagian pokok ubi kayu secara kreatif, bermula bahagian ubi sehingga ke pucuk dalam hidangan itu.

Kumpulan berbakat dari Labuan ini membawa pulang piala pertanding­an yang menjadi rebutan bersama wang tunai RM3,000. Mereka turut memenangi Lawatan Menimba Pengalaman Kulinari ke Bandung, Indonesia.

Tempat kedua dimenangi pasukan dari SMK Paya Pulai, Pahang yang diwakili Dinie Izzati Noor Azlan Efenddy, 15, Muhammad Irfan Nazri, 15, dan Muhammad Hafizul Aiman Norjilan, 15.

Mereka menerima wang tunai RM2,000 manakala Nabila Mohamad, 13, Nur Alia Mohamad, 15, dan

Arni Yusnita Adanan, 15, dari SMK Batu Melintang, Kelantan memenangi tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000.

Masakan wakil SMK Pantai IB World School, Labuan pikat hati juri

 ??  ?? JUARA dari
SMK Pantai IB World School, bersama Geetha Balakrishn­a (tiga dari kiri) dan Rozainum Ahmad (tengah) menunjukka­n replika cek yang dimenangi pelajar.
JUARA dari SMK Pantai IB World School, bersama Geetha Balakrishn­a (tiga dari kiri) dan Rozainum Ahmad (tengah) menunjukka­n replika cek yang dimenangi pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia