Harian Metro

CEF ADU KONGSI RESIPI KELUARGA

-

Batu Pahat dan Muar bagi berkongsi ilmu memasak dan meminjam idea.

Secara tidak langsung sedikit sebanyak lawatan ini bukan saja membuahkan hasrat untuk mendokumen­tasikan budaya, sebaliknya asalusul dan warna menerusi makanan,” katanya yang kini sudah menghasilk­an tiga buku iaitu Nasi dan Seni, Ikan Di Laut Asam Di Darat dan terbaru Ke Mana Tumpahnya Kuah.

Katanya, kelahiran buku ini juga hasil kecintaan terhadap keluarga, warisan, masakan dan penulisan yang diterbitka­n khusus bagi menghargai ahli keluarga yang banyak membantu dalam membina perjalanan kariernya.

“Inti pati buku ini berkisar mengenai resipi daripada ahli keluarga seperti ibu, adik, arwah nenek, mak long, pak long dan rakan baik. Setiap resipi asal mereka saya bukukan di dalam naskhah ini. Lebih menarik, saya turut meletakkan resipi yang saya olah sendiri hasil daripada resipi asal tadi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di The Canteen by Chef Adu, Muzium

Tekstil Negara, Kuala Lumpur.

Antara resipi yang dimuatkan dalam buku ini adalah sambal tumis terung, ikan kembung dengan salsa anggur, ketam lemak kuning dengan labu, sos pudina dan daun cekur dan manisan seperti kandi kelapa mak long Ipoh.

“Ada juga resipi sambal tumis terung kemudian saya olah menjadi kanapes sambal tumis terung. Selain itu, terdapat juga sambal goreng jawa diolah kepada mufin tempe dan kentang. Banyak lagi resipi lama yang boleh didapati di dalam buku ini,” ujar anak kedua daripada lapan adik-beradik ini.

Cef Adu menambah, oleh kerana dia perlu mendapatka­n resipi secara terperinci daripada ahli keluarga, maka naskhah Ke Mana Tumpahnya Kuah ini mengambil masa yang panjang untuk disiapkan iaitu kira-kira tiga tahun.

“Kebanyakan ahli keluarga saya ada yang sudah tua. Jadi, saya perlu duduk dengan mereka untuk mendapatka­n resipi dan masak bersama-sama bagi membangkit­kan lagi nostalgia lama. Biarpun lama namun saya berpuas hati dengan kualitinya,” jelasnya yang mempunyai perancanga­n untuk mengeluark­an buku berkenaan dalam versi Inggeris pula.

Diterbitka­n oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), buku yang mengandung­i 16 bab ini menjadi lebih unik apabila Cef Adu turut berkongsi resipi dengan cef selebriti Indonesia, Cef Yuda Bustara yang menunjukka­n cara menyediaka­n ayam goreng bumbu rujak dari Jogjakarta.

“Resipi ini mirip ayam percik dan ia sangat enak. Pemilihan Indonesia pula memang saya sudah rancang sejak ilham penerbitan buku ini berputik lagi. Ini kerana arwah datuk berasal dari Indonesia, nenek pula berbangsa Melayu Riau, Bugis dan Arab. Datuk sebelah ibu pula berasal dari Gujerat India dan nenek dari China.

Jadi semua resipi yang dihasilkan sudah tentu berdasarka­n kepelbagai­an budaya daripada pelbagai negara yang mendasari keturunan keluarga saya,” katanya.

Dia yang pernah bermastaut­in di London selama 18 tahun memberitah­u, buku ini dicetak sebanyak 1,000 naskhah dan akan turut dipromosik­an di kota itu. Naskhah Ke Mana Tumpahnya Kuah boleh didapati di kafe milik

Cef Adu iaitu The Canteen by Chef Adu di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur pada harga RM70 dan kedai buku terpilih di seluruh negara.

 ??  ?? IBU, Maimon Alias menyuapkan makanan ke mulut Cef
Adu sebaik saja merasmikan pelancaran buku terbaru Ke Mana Tumpahnya Kuah.
IBU, Maimon Alias menyuapkan makanan ke mulut Cef Adu sebaik saja merasmikan pelancaran buku terbaru Ke Mana Tumpahnya Kuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia