Harian Metro

JAZ KIAN MATANG

-

Muzik lagu Kasmaran lebih ringkas dan tidak terlalu berat

Kasmaran

Jaz

Panji Sakti & Bowo Soulmate

Ari Renaldi Sony Music Indonesia

Pertama kali hadir membuat persembaha­n di Malaysia pada Ahad lalu, nyata mengukuhka­n nama penyanyi kelahiran Brunei, Jaz yang sebelum ini pernah popular menerusi lagu Dari Mata.

Mempertaru­hkan single kedua berjudul Kasmaran, nyata ada kematangan dalam muzik yang ditampilka­n penyanyi yang kini membina nama di Indonesia ini berban ding single pertama.

Kali pertama menyanyika­n lagu ciptaan komposer lain, Kasmaran adalah satu karya yang mudah dilayan dengan muzik yang ringkas dan tidak terlalu berat.

Dari Mata tidak asing buat pendengar Malaysia menerusi drama bersiri Suri Hati Mr Pilot, jadi tentunya kehadiran single keduanya ini juga mampu diterima baik peminat yang sudah mula jatuh cinta dengan vokal lunaknya.

Kasmaran yang membawa erti cinta bercerita mengenai kisah cinta anak muda dan luahan rasa pasangan kekasih.

“Hidup adalah tentangmu, selalu saja tentangmu, sepertinya kau adalah candu bagiku. Kau buat aku tak mampu, selalu saja tak mampu menahan perasaanku atas dirimu,” antara bait kata yang dimuatkan dalam Kasmaran.

Bagi Jaz, menjadi cabaran baru untuk menjiwai lagu ini ketika proses rakaman berlangsun­g.

“Ini adalah kali pertama saya menyanyi lagu ciptaan orang lain. Mencabar kerana setiap lagu, kita perlu memberikan nyawa supaya karya itu diterima dengan baik oleh setiap yang mendengarn­ya,” katanya.

Proses rakamannya juga memakan masa yang agak lama kerana memerlukan Jaz untuk mengulang rakam beberapa kali sematamata untuk mendapatka­n hasil yang memuaskan.

Sehingga kini, video muzik Kasmaran yang diarahkan Candi Soeleman itu sudah ditonton lebih 12 juta kali di YouTube selepas dimuat naik sejak enam bulan lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAGU: PENYANYI: KOMPOSER:
SUSUNAN: EDARAN:
LAGU: PENYANYI: KOMPOSER: SUSUNAN: EDARAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia