Harian Metro

ASHRAL TAK MENGALAH

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Sedia maklum industri dihujani persaingan sangat sengit, Ashral Hassan, 25, tidak bimbang dengan persaingan yang ada.

Anak jati Klang, Selangor itu cenderung menyanyi sejak kecil dan kecintaan itu tidak pernah surut hingga ke hari ini.

Meskipun single dendangann­ya, Saling Merindu kurang mendapat tempat di hati peminat, ia bukan alasan untuknya mengalah.

Sebaliknya, Ashral terus berusaha dan bertahan supaya dapat berdiri sebaris penyanyi popular sedia ada.

“Saya sedar bukan mudah menempatka­n diri dalam bidang seni dan semuanya bergantung kepada rezeki.

“Lagipun kehadiran saya sekadar menghiburk­an peminat dan bukan mahu bersaing dengan sesiapa.

“Berbakat macam mana pun kalau orang tak sedar kehadiran kita susah juga. Meskipun Saling Merindu tidak sehebat sambutan lagu penyanyi lain, saya bersyukur video muziknya mencatat lebih 600,000 tontonan selepas beberapa bulan dilancarka­n,” katanya.

Ashral berkata, dia tidak pernah berhenti berdoa agar lagunya itu diterima pendengar.

“Saya bermula sebagai pemain gitar dan apabila diberi peluang menyanyi, saya berharap lagu yang disampaika­n berjaya memikat hati pendengar,” katanya.

Datang daripada keluarga susah, Ashral yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta gembira apabila majikannya sangat memahami minatnya.

“Alhamdulil­lah, majikan saya sangat memahami dan mereka bertolak-ansur dari segi masa.

“Jika ada undangan persembaha­n, mereka tidak keberatan memberikan saya cuti,” katanya.

Persaingan tidak jejas tumpuan untuk kekal dalam industri

hiburan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia