Harian Metro

SAHUT CABARAN

-

Pak Ya serta filem Adiwiraku.

Menerusi lakonannya dalam Adiwiraku, dia tersenarai dalam lima terbaik kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29.

“Saya pernah mencuba nasib D’Academy Asia yang pertama tetapi tidak berjaya. Meskipun perlu menyanyika­n lagu dangdut asli pada pertanding­an itu, saya tidak gentar untuk mencuba.

“Alhamdulil­lah tahun ini dengan bantuan Dior, saya berjaya melangkah ke D’Academy Asia 3. Dior sudah mengikuti perjalanan pertanding­an itu sejak musim pertama sehingga dia mendapat kepercayaa­n penganjur untuk membawa peserta dari Malaysia bertanding dalam program itu.

“Dior menjaga vokal saya malah D’Academy Asia turut menyediaka­n guru vokal. Pertanding­an ini bersiaran secara langsung di Indosiar dan Vidio.com. Diharap menerusi pertanding­an ini saya boleh mengembang­kan bakat di Indonesia.

“Dangdut tidak pernah berkubur malah sebahagian besar rakyat Indonesia amat meminati irama itu. Mungkin mereka yang seusia saya malu untuk menyanyika­n lagu dangdut tetapi saya tidak kisah. Lagipun saya kena cari kelainan dan memang sukakan cabaran,” katanya.

Menariknya, Azlyn juga fasih bertutur bahasa Mandarin kerana belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina sejak tahun satu sehinggala­h sekarang (tingkatan lima). Dia juga boleh menyanyi dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis, Jepun, Thailand, Hindi, Filipina dan Tamil.

Azlyn yang akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia pada November ini akan berulang-alik antara Jakarta-Kuala Lumpur untuk menduduki peperiksaa­n itu.

Sementara itu, kata Dior atau nama sebenarnya, Mohd Shahril Shaari, peserta sebenarnya tidak dibenarkan berulang-alik tetapi kerana pihak Indosiar mahu juga Azlyn bertanding maka mereka memberi kelonggara­n kepada gadis itu.

“Ini kerana tidak ramai artis Malaysia berbakat menyanyika­n lagu dangdut. D’Academy Asia adalah platform terbaik untuk artis Malaysia cuba menembusi pasaran di negara seberang.

“Selain menyediaka­n guru vokal dan guru seni persembaha­n, penganjur juga menyiapkan tempat penginapan, pakaian serta jurusolek untuk persembaha­n pada setiap minggu.

“Lagu dangdut yang bakal mereka nyanyikan juga diberi gubahan muzik baru. Saya berharap Azlyn dapat mara hingga ke peringkat akhir ,” katanya.

Selain Azlyn, turut bertanding Baby Shima yang kedua-duanya di bawah seliaan Dior.

 ?? Azlyn ?? BABY SHIMA
DIOR Saya pernah mencuba nasib D’Academy
Asia yang pertama tetapi tidak berjaya. Meskipun perlu menyanyika­n lagu dangdut asli pada pertanding­an itu, saya tidak gentar untuk mencuba
AZLYN
Azlyn BABY SHIMA DIOR Saya pernah mencuba nasib D’Academy Asia yang pertama tetapi tidak berjaya. Meskipun perlu menyanyika­n lagu dangdut asli pada pertanding­an itu, saya tidak gentar untuk mencuba AZLYN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia