Harian Metro

Berkarya sepenuh hati

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Calvin sanggup terperap berhari-hari dalam bilik untuk hasilkan lirik, melodi terbaik

Menyingkap perjalanan seni pemuzik dan penyanyi Indonesia, Calvin Jeremy, ada banyak cerita yang ingin dikongsika­n.

Begitu cintakan muzik, dia tidak menafikan pergolakan dalam dirinya turut memberi kesan terhadap kariernya.

Apa yang pasti, Calvin atau nama penuhnya Calvin Jeremy Sihombing, 26, tidak pernah kenal putus asa.

Album demi album yang dihasilkan­nya menjadi semakin baik seiring dengan pengalaman serta eksperimen dilakukann­ya.

Menurutnya, dia lebih suka melakukan segala agendanya tanpa berpaksika­n populariti, sebaliknya sentiasa sabar. Itu semua kerana dia mencari kualiti dalam karyanya dan bukan main tangkap muat.

“Saya belajar untuk menghargai muzik dengan sepenuh hati. Dari situ terbit satu tanggungja­wab besar dalam diri untuk berkarya secara ikhlas dan teliti sehingga mendapat hasil yang paling bagus.

“Setiap kali membuat lagu, saya akan menghabisk­an masa berhari-hari dalam bilik sehinggala­h dapat melodi serta lirik terbaik. Kepuasan yang dirasai itu amat luar biasa setiap kali terhasil sebuah lagu sebagaiman­a saya mahukan,” katanya.

Memulakan karier pada 2010, Calvin bersyukur penerimaan dirinya di Indonesia berkembang seiring kerjayanya.

Dia melihat sudut itu secara optimis walaupun namanya belum terlalu gah seperti penyanyi lain.

Baginya, tiada apa yang lebih bermakna buat diri selain muziknya dihargai dan disedari. Disebabkan itu, dia tidak kisah lambat atau tidak dirinya mendapat tempat di hati peminat di negaranya.

“Segala perkara yang besar hanya akan datang sendiri tanpa kita jangka. Saya sentiasa percaya sabar adalah satu sikap yang harus ada dalam seseorang pemuzik selain perlu ikhlas.

“Syukur, saya mendapat sokongan daripada pelbagai bentuk. Bukan saja pengurusan serta label sendiri, keluarga sentiasa percayakan apa juga yang saya lakukan dan membantu perjalanan ke arah lebih maju,” katanya.

Bercakap mengenai sokongan, Calvin mengakui bapanya menjadi inspirasi terkuat buatnya selama ini.

“Bapa saya seorang yang sangat cintakan muzik. Dia pun sebenarnya menyimpan impian untuk menjadi penyanyi suatu ketika dulu namun tidak kesampaian kerana tiada sokongan.

“Justeru, dia menyokong sepenuhnya impian saya dan sentiasa menjadi penasihat dalam segala segi,” katanya.

Dari segi momentum seni, Calvin tidak terkecuali menempuh turun naik dalam kariernya. Mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman­nya, dia bagaimanap­un tetap berkongsi saat di mana dia berasakan dirinya begitu terbawah tidak lama dulu.

“Saya belajar menjadi pemuzik dan bukan pemuzik tidak sepatutnya digabungka­n, apa lagi individu itu tidak faham dunia muzik. Itulah yang saya alami sewaktu menyertai kumpulan The Freaks kelolaan Agnez Monica pada 2012.

“Saat itu, saya rasa sangat ‘down’ dan tidak boleh teruskan dengan projek itu. Tapi saya tidak salahkan anggota lain dalam kumpulan itu kerana mereka semua pelakon.

“Tapi, ada juga positifnya terbabit dalam The Freaks di mana pengikut saya naik mendadak, sekali gus membantu dari segi kerjaya solo,” katanya.

 ??  ?? Saya belajar untuk menghargai muzik dengan sepenuh hati.
Dari situ terbit satu tanggungja­wab besar dalam diri untuk berkarya secara ikhlas dan teliti sehingga mendapat hasil yang paling bagus
Saya belajar untuk menghargai muzik dengan sepenuh hati. Dari situ terbit satu tanggungja­wab besar dalam diri untuk berkarya secara ikhlas dan teliti sehingga mendapat hasil yang paling bagus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia